Anak perempuan Betty pulang ke rumah dalam keadaan sakit selepas satu perjalanan ke luar negara. Apabila dia tidak dapat menahan kesakitannya lagi, Betty dan suaminya terus membawa dia pergi ke wad kecemasan. Para doktor dan jururawat pun menjalankan rawatan dengan segera. Selepas beberapa jam, salah seorang jururawat memberitahu Betty, “Anak anda akan okey! Kami akan menjaga dia dengan baik agar dia boleh sembuh sepenuhnya.” Pada saat itu, Betty berasa hatinya dipenuhi ketenangan dan kasih. Dia sedar bahawa dia hanya boleh menemani anak perempuannya dengan kebimbangan, Tuhan adalah ibu bapa yang sempurna. Dia akan menjaga anak-anak-Nya dan menghiburkan kita pada masa kesusahan kita.
Dalam kitab Ulangan, Tuhan mengingatkan umat-Nya, apabila mereka mengembara di padang pasir, Dia menjaga mereka seperti seorang ibu bapa mengasihi dan menjaga anak-anak mereka serta tidak pernah membiarkan mereka. Dia mengumpamakan diri-Nya seperti rajawali “yang mengembangkan sayapnya” untuk mengambil anak-anaknya dan “membawa mereka di atas sayapnya” (Ulangan 32:11). Dia menginginkan mereka ingat bahawa Dia tidak akan mengabaikan mereka walaupun mereka mengalami kesusahan dan keresahan di padang gurun.
Kita juga menghadapi pelbagai cabaran, tetapi melalui peringatan tersebut kita boleh terhibur dan mendapat galakan bahawa Tuhan tidak pernah membiarkan kita. Apabila kita terasa seolah-olah kita jatuh, Tuhan akan menyambut kita seperti rajawali yang membawa anak-anaknya di atas sayapnya (ayat 11), serta mengalami ketenangan yang diberikan-Nya.