Bulan: November 2017

Tidak Sempurna, Namun Dikasihi

Di Jepun, produk makanan disediakan dan dibungkus dengan rapi. Produk ini bukan sahaja harus rasa sedap, tetapi mesti juga mempunyai luaran yang kelihatan baik. Sering kali saya tertanya-tanya sama ada saya membeli makanan atau pembungkusannya! Oleh sebab penekanan orang Jepun kepada kualiti yang baik, produk yang mempunyai kecacatan sedikit sering dibuang. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun kebelakangan ini, produk wakeari menjadi agak popular. Wakeari bermaksud “ada sebab” dalam Bahasa Jepun. Produk-produk ini tidak dibuang tetapi dijual pada harga murah “kerana satu sebab”—contohnya, terdapat retakan pada keropok beras.

Kuasa Empati

Apabila anda memakai Sut Usia Tua R70i (alat simulasi), dengan serta-merta anda akan berasa empat puluh tahun lebih tua kerana anda akan mengalami penglihatan yang kabur, kehilangan daya pendengaran, dan pergerakan mengurang. Sut Usia Tua ini direka untuk membantu pengasuh supaya mereka lebih memahami pesakit mereka. Wartawan Jurnal Wall Street, Geoffrey Fowler, pernah memakainya sekali dan menulis, “Pengalaman ini tidak dapat dilupakan, malah membawa kedukaan pada masa-masa tertentu, perasaan ini dirasai bukan hanya pada masa penuaan, tetapi peralatan realiti maya juga boleh mengajar kita memiliki sikap empati dan membentuk persepsi kita terhadap dunia di sekeliling kita.”

Tuhan Kita Berkuasa

Pada suatu hari di pantai, saya berasa senang ketika melihat beberapa peluncur layang-layang yang bergerak pantas melalui kuasa angin di atas permukaan air di sepanjang pantai, . Apabila seorang kembali ke darat, saya bertanya jika pengalaman meluncur itu sukar seperti yang dilihat. “Tidak,” katanya, “Ia sebenarnya lebih mudah daripada luncuran biasa kerana anda menggunakan kuasa angin.”

Lebih Memahami

Apabila kami membawa pulang anak lelaki angkat kami dari luar negara, saya tidak sabar-sabar untuk mencurahkan dia dengan kasih sayang serta menyediakan apa yang kekurangan pada bulan-bulan sebelumnya, terutamanya makanan yang berkualiti kerana dia mengalami defisit pemakanan. Tetapi walaupun kami sudah berusaha dengan sebaik-baiknya, termasuklah pergi berjumpa pakar pemakanan, anak kami tetap membesar dengan sangat perlahan. Selepas hampir tiga tahun, barulah kami mengetahui bahawa badannya tidak dapat menerima sesetengah jenis makanan. Selepas mengeluarkan makanan yang tidak sesuai daripada dietnya, dia membesar lima inci hanya dalam masa beberapa bulan. Walaupun saya berasa sedih kerana saya secara tidak sengaja telah memberikan makanan yang menjejaskan pertumbuhannya sebelum ini, namun kini saya berasa sangat gembira dengan peningkatan dalam kesihatannya.

Tuhan Tahu

Apabila Denise bertemu dengan seorang wanita muda yang sedang mengalami kekecewaan di gereja, hatinya penuh belas kasihan dan dia memutuskan untuk menghulurkan bantuan dalam kemampuannya. Setiap minggu Denise meluangkan masa untuk membimbing wanita tersebut dan berdoa dengannya. Denise menjadi mentornya. Walau bagaimanapun, sesetengah pemimpin gereja tidak melihat usaha Denise dan memutuskan untuk mengatur seorang kakitangan gereja menjadi mentor wanita itu. Mereka berfikir bahawa tiada seorang pun mempedulikan dia sebelum ini”.

Sebagai Manusia

Apabila diminta untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap sebuah komuniti yang kadang-kadang tidak mahu bekerjasama dengan penguat kuasa undang-undang, seorang syerif menjawab bahawa dia tidak akan menunjuk-nunjukkan lencana polis atau berlagak dengan pangkat jawatannya. Sebaliknya dia berkata, “Kita juga manusia belaka, yang patut membantu manusia lain yang berada dalam krisis.”

Tempat Sebenar Hati

Kami mempunyai seekor anjing baka West Highland Terrier (Terrier Tanah Tinggi Barat) untuk beberapa tahun. Jenis anjing kecil ini amat kuat, dilahirkan khas untuk mengorek lubang terowong dan menyerang ‘musuh’ dalam sarang. Walaupun anjing kami, Westie jauh daripada baka asalnya, tetapi nalurinya masih dikekalkan. Pada satu ketika, anjing kami mempunyai obsesi tentang seekor “makhluk” di bawah batu di belakang rumah kami. Tiada yang dapat melarangnya. Westie terus mengali tanah sehingga satu lubang sedalam beberapa kaki terbentuk di bawah batu itu.

Penuaian Dan Kesyukuran

Beberapa ribu tahun yang lalu, Tuhan berfirman langsung kepada Musa dan memulakan satu perayaan baharu bagi umat-Nya. Dalam Keluaran 23:16, menurut catatan Musa, Tuhan berkata, “Tetaplah rayakan Perayaan Penuaian, iaitu penuaian hasil pertama daripada apa yang telah kamu usahakan di ladang.”