Apabila anda memakai Sut Usia Tua R70i (alat simulasi), dengan serta-merta anda akan berasa empat puluh tahun lebih tua kerana anda akan mengalami penglihatan yang kabur, kehilangan daya pendengaran, dan pergerakan mengurang. Sut Usia Tua ini direka untuk membantu pengasuh supaya mereka lebih memahami pesakit mereka. Wartawan Jurnal Wall Street, Geoffrey Fowler, pernah memakainya sekali dan menulis, “Pengalaman ini tidak dapat dilupakan, malah membawa kedukaan pada masa-masa tertentu, perasaan ini dirasai bukan hanya pada masa penuaan, tetapi peralatan realiti maya juga boleh mengajar kita memiliki sikap empati dan membentuk persepsi kita terhadap dunia di sekeliling kita.”

Empati ialah kuasa untuk memahami dan berkongsi perasaan orang lain. Semasa zaman penganiayaan yang teruk terhadap pengikut Yesus, penulis kitab Ibrani menggesa rakan seiman untuk “ingatlah kepada orang yang terpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka; kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu juga dianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu” (13:3).

Inilah yang dilakukan oleh Yesus, Penyelamat kita. Yesus sendiri menjadi manusia, “dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya … untuk menebus dosa umat manusia. Oleh sebab Dia sendiri telah menderita, menghadapi godaan, maka Dia dapat menolong orang yang menghadapi godaan” (2:17-18).

Kristus Tuhan yang menjadi manusia, memanggil kita turut memahami perasaan orang lain, “seolah-olah [kita] terantai bersama mereka” pada masa mereka memerlukan sokongan.