Para pakar berpendapat bahawa kebanyakan masa dalam kehidupan harian kita dipenuhi dengan ganguan. Umpamanya panggilan telefon atau kedatangan seseorang yang tidak dijadualkan terlebih dahulu sering mengalihkan perhatian kita daripada rancangan asal kita.

Tidak ramai orang suka akan gangguan yang terjadi dalam kehidupan harian mereka, terutamanya apabila ia menyebabkan ketidakselesaan atau perubahan pada suatu rancangan. Namun Yesus menangani apa yang kelihatan sebagai gangguan dengan cara yang amat berbeza. Berulang kali dalam kitab Injil ditulis bahawa Tuhan berhenti melanjutkan pekerjaan-Nya untuk menolong orang yang memerlukan pertolongan.

Ketika Yesus dalam perjalanan ke Yerusalem, tempat yang Dia akan disalibkan, seorang buta yang duduk di tepi jalan meminta sedekah berseru kepada-Nya, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!”(Lukas 18:35–38). Beberapa orang dalam kerumunan orang ramai itu menyuruhnya diam, tetapi dia tidak henti-henti berseru kepada Yesus. Yesus pun berhenti dan bertanya kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?’ Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.’ Yesus berkata kepadanya, “Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu’” (ayat 41-42).

Apabila rancangan kita diganggu oleh seseorang yang benar-benar memerlukan pertolongan, kita boleh memohon kebijaksanaan daripada Tuhan untuk bertindak balas dengan belas kasihan. Apa yang kita anggap sebagai gangguan mungkin merupakan janji temu yang telah dijadualkan oleh Tuhan pada hari tersebut.