Bunyi berkeritik yang kuat mengejutkan saya. Saya mengenal bunyi itu, jadi saya berlari ke dapur. Rupanya alat pembancuh kopi yang kosong secara tidak sengaja telah terpasang. Saya terus mencabut palam dan mencapai pemegangnya. Kemudian saya menyentuh bahagian bawah pembancuh kopi untuk memastikannya tidak terlalu panas untuk diletakkan di atas permukaan jubin. Akibatnya jari saya melecur.
Saya menggeleng kepala sambil berkata, “Mengapakah saya menyentuhnya?” sambil suami saya merawat jari saya yang melecur. “Seharusnya saya sudah tahu pembancuh itu panas”.
Kesilapan saya itu mengingatkan saya tentang respons Paulus terhadap isu yang lebih serius dalam Alkitab—sifat dosa.
Rasul Paulus mengakui bahawa dia tidak mengerti sebab dia melakukan apa yang dibencinya (Roma 7:15). Paulus yakin bahawa Taurat dalam firman Tuhan membantu kita membezakan apa yang baik dan apa yang jahat (ayat 7), dia memberitahu bahawa dalam dirinya selalu berlaku perjuangan yang nyata, rumit dan berterusan untuk melawan dosa (ayat 15-23). Sementara rasul Paulus mengakui kelemahannya, dia juga menyatakan bahawa kita mempunyai harapan untuk menang mulai sekarang sampai selama-lamanya (ayat 24-25).
Apabila kita menyerahkan hidup kita kepada Kristus, Dia memberikan Roh Kudus-Nya yang menguatkan kita agar memilih untuk melakukan apa yang baik (Roma 8:8-10). Dengan pertolongan-Nya, kita dapat mentaati firman Tuhan, dan kita boleh menjauhi dosa yang memisahkan kita daripada hidup yang kelimpahan seperti janji Tuhan kepada orang yang mengasihi-Nya.
melalui kasih dan rahmat Tuhan.