Renungan Daripada Batu
Selepas mengalami peperangan dan kemusnahan selama berabad-abad, kini kota Yerusalem yang moden boleh dikatakan adalah sebuah kota yang dibangun pada puingnya sendiri. Semasa kami sekeluarga melawat kota itu, kami melalui jalan Via Dolorosa (Jalan Penderitaan), jalan yang digunakan oleh Yesus ketika Dia menuju ke tempat penyaliban. Hari itu sangat panas, jadi kami berehat seketika dan turun ke tingkat bawah biara “Sisters of Zion” yang lebih dingin. Di situlah saya tertarik akan laluan berturap purba yang ditemui semasa pembinaan baru-baru ini—batu yang terukir dengan permainan tentera Rom ketika mereka bersantai.
Pengaruh Yang Tidak Dilihat
Semasa mengunjungi Galeri Seni Kebangsaan di Washington, Amerika Syarikat, saya melihat sebuah lukisan yang bertajuk “Angin”. Lukisan itu menunjukkan angin ribut bertiup di sebuah hutan. Pokok-pokok tinggi lagi kurusdan semak samun juga dipukul ribut ke sebelah kiri.
Wad 5020
Jay Bufton mengubah wad hospitalnya kepada sebuah tempat yang memberi harapan.
Menjaga Ciptaan Tuhan
Musim luruh merupakan musim bertelur bagi ikan trout yang berwarna perang di Sungai Owyhee. Anda boleh melihat ikan-ikan itu menggali tanah di dasar sungai membuat lubang untuk sarang di kawasan sungai yang cetek dan berkerikil.