Jay Bufton mengubah wad hospitalnya kepada sebuah tempat yang memberi harapan.

Jay yang berumur 52 tahun merupakan seorang suami, bapa, guru sekolah menengah dan jurulatih yang meninggal dunia akibat penyakit kanser. Namun wadnya—Wad 5020—telah menjadi sebuah tempat harapan bagi sahabat, keluarga, dan kakitangan-kakitangan hospital. Oleh sebab sikap Jay yang periang dan beriman kuat, para jururawat mahu ditugaskan di sana untuk menjaganya. Ada pula datang mengunjunginya selepas waktu bekerja.

Walaupun sebelum itu tubuhnya yang amat kuat dan tangkas kini menjadi semakin lemah, dia masih dapat menyapa semua orang dengan senyuman dan kata-kata galakan. Seorang sahabat berkata, “Setiap kali saya melawatnya, Jay masih mengekalkan sikap positif dan penuh harapan. Walaupun dia sedang menghadapi maut kerana penyakit kanser, dia berjaya hidup dengan iman.

Dalam upacara pengebumian Jay, seorang pengkhutbah berkata bahawa Bilik 5020 mempunyai pengertian yang istimewa. Dia merujuk kepada Kejadian 50:20 bahawa Yusuf berkata walaupun dia dijual sebagai hamba oleh abang-abangnya, Tuhan mengubah segala keadaan dan memaksudkan tujuan yang baik untuk memelihara “kelangsungan hidup ramai manusia.” Walaupun Jay diserang penyakit kanser, dia sedar bahawa Tuhan tetap bekerja “dan memaksudkannya untuk tujuan yang baik.” Itulah sebabnya penyakit kanser yang menyeksa pun boleh digunakan oleh Jay sebagai peluang untuk menyampaikan perkhabaran tentang Yesus.

Alangkah hebatnya kepercayaan Jay kepada Penyelamat kita, yang tidak terumbang-ambing walaupun di ambang maut! Dengan yakin kita dapat bersaksi bahawa Tuhan adalah baik dan boleh dipercayai!