Month: Disember 2017

Semuanya Hadiah!

Kafe Rendezvous di London mempunyai cahaya lampu yang indah, sofa yang selesa, dan haruman kopi yang enak. Apa yang tidak kelihatan di tempat itu ialah harga. Pada mulanya perniagaan tersebut dimulakan oleh sebuah gereja setempat, dan setahun kemudian kafe itu pun berubah. Pengurus-pengurus kafe itu berasa bahawa Tuhan sedang memanggil mereka melakukan sesuatu yang lebih berpengaruh—membuat semua yang ada dalam menu itu percuma. Pada hari ini, anda boleh memesan secawan kopi, sekeping kek, ataupun sandwic tanpa sebarang bayaran. Malah tidada balang derma di situ. Semuanya di situ adalah hadiah.

Memulihkan Kegagalan

Satu pasukan jemputan telah memimpin sesi pujian dan penyembahan di gereja kami, dan kasih mereka terhadap Tuhan amat menyentuh hati. Kami dapat melihat dan merasai keghairahan mereka.

Dari Luar ke Dalam?

“Perubahan: Dari Dalam ke Luar atau dari Luar ke Dalam?” begitulah tajuk berita yang mencerminkan trend popular masa kini—idea yang mengatakan bahawa perubahan luaran seperti postur yang lebih baik boleh menjadi cara yang mudah untuk mengubah perasaan kita secara dalaman—mungkin juga mengubah kehidupan kita.

Kasih Kurnia yang Tidak Diduga

Pada suatu awal pagi hari Sabtu, ketika saya pelajar tingkatan lima, saya tergesa-gesa pergi ke tempat kerja yang merupakan sebuah pusat permainan boling. Pada petang sehari sebelumnya, saya berada di situ lebih lama untuk mengelap lumpur di lantai jubin kerana penjaga pintu telah jatuh sakit. Saya tidak memaklumkan hal itu kepada bos tentang penjaga pintu tersebut kerana saya ingin memberikan kejutan kepada bos. Lagipun, Tiada apa-apa yang tidak kena! saya fikir.

Berikan Sesuatu yang akan Berkekalan

Pada musim Krismas ini, beri orang kesayangan anda sesuatu yang dapat mengubah kehidupan mereka. Beritahulah rakan-rakan anda cara mereka boleh mendapat persahabatan, pengharapan, penghiburan, keyakinan dan kedamaian yang sebenar. Layarilah laman web Anugerah Rahmat Tuhan, ketahuilah bahan sederhana yang anda dapat gunakan untuk membantu orang mengenal Kristus.