Hal Penting Yang Anda Perlukan
... darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa. 1 Yohanes 1:7
Baru-baru ini, ketika saya sedang menderma darah, seorang jururawat memberi saya sekeping kad untuk dibaca. Kad itu menunjukkan peratusan orang yang mempunyai jenis darah yang berlainan. Berikut adalah sebahagiannya:
O-Positif 37.4%
A-Positif 35.7%
A-Negatif 6.3%
B-Negatif 1.5%
Jenis darah yang paling jarang dijumpa ialah AB-Negatif,…
Memakan Ubat
Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan. Roma 10:13
Bayangkan anda dihantar ke hospital dengan tergesa-gesa, kemudian seorang doktor memeriksa anda dan memberitahu bahawa anda sakit tenat. Dia berkata anda akan mati kecuali anda mendapat rawatan yang tepat. Kemudian dia memberikan ubat yang sesuai dan berkata, “ Jika anda makan ubat ini, saya sungguh yakin bahawa…
Akan Bersambung
Hal itu demikian, kerana di bumi tidak ada kota yang kekal untuk kita; kita mencari kota yang akan datang. Ibrani 13:14
Adakah anda suka membaca cerita yang akan bersambung? Andai kata anda sedang membaca sebuah artikel daripada majalah, atau menonton program televisyen selama setengah jam, wira dalam program tersebut sedang terjun ke dalam air untuk menyelamatkan wanita…
Kerja yang Tidak Akan Terbakar
Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang. 1 Korintus 3:13
Bapa mentua saya melibatkan diri dalam bidang kesihatan awam untuk membantu orang selama 30 tahun. Apabila dia kembali ke syurga pada usia 76 tahun, dia meninggalkan sebuah stor kecil yang penuh dengan fail dan dinding yang digantung penuh dengan anugerah.
Apabila sampai masanya bagi…
Tiada Kasih yang Lebih Besar
Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka. Yohanes 15:13
Tiada sesiapa boleh menunjukkan kasih kepada orang lain seperti James Harrison. Malah dia melakukannya bagi orang yang tidak dikenalinya.
Harrison, salah seorang ahli koir bagi Universiti Ouachita Baptist berada dalam perjalanan pulang dari Eropah dengan ahli-ahli koir yang lain. Semasa…
Selimut Untuk Semua Orang
Linus Van Pelt, lebih dikenali hanya sebagai “Linus,” ialah tulang belakang dalam siri komik Peanuts. Linus ialah seorang yang lucu dan bijak, namun mudah tidak berkeyakinan diri, maka dia sentiasa membawa sehelai selimut. Kita boleh memahami keadaannya. Hal ini kerana kita juga mempunyai ketakutan dan perasaan tidak selamat.
Memuji Walaupun Ada Permasalahan
“Saya menghidapi kanser.” Saya mahu menahankan air mata apabila ibu menyampaikan berita ini kepada saya. Tetapi saya masih menangis. Tiada sesiapa ingin mendengar pengumuman itu sekalipun. Tetapi ini adalah perjuangan ibu dengan kanser untuk kali ketiga. Selepas menjalani siri pemeriksaan mamogram dan biopsi, ibu mengetahui bahawa dia mempunyai tumor berbahaya di bawah lengannya.