Angin bertiup kencang, kilat pancar-memancar, ombak menghempas. Saya menyangka bahawa saya akan mati. Masa itu saya, datuk dan nenek sedang memancing dalam perahu kecil di tasik, tetapi kami berada di sana terlalu lama. Apabila matahari terbenam, angin kencang mula melanda perahu kecil kami. Datuk saya menyuruh saya duduk di bahagian hadapan untuk mengelakkan perahu kami terbalik. Ketakutan mula melanda hati saya. Kemudian, entah bagaimana, saya mula berdoa. Ketika itu saya berumur 14 tahun.

Saya meminta keyakinan dan perlindungan Tuhan. Ribut tidak berhenti tetapi kami kembali ke pelabuhan dengan selamat. Sehingga hari ini, saya tidak pernah mengalami kehadiran Tuhan yang lebih mendalam berbanding pada waktu malam itu.

Yesus tidak asing terhadap ribut badai. Dalam Markus 4:35-41, Dia menyuruh murid-murid-Nya menyeberang tasik yang dilanda ribut ganas. Badai pada malam itu telah menguji para nelayan yang berpengalaman tersebut. Mereka juga berfikir bahawa mereka akan mati. Tetapi Yesus menenangkan air dan membawa murid-murid-Nya memupuk iman yang lebih dalam dalam-Nya.

Demikian juga, Tuhan menjemput kita berharap kepada-Nya dalam badai kehidupan kita. Ada waktunya Dia menenangkan angin dan ombak secara mukjizat. Pada masa yang lain, Dia melakukan mukjizat yang sama dengan menenangkan hati kita dan meminta kita terus percaya serta berharap kepada-Nya. Dia meminta kita percaya bahawa Dia mempunyai kuasa untuk memerintah ombak, “Diam! Tenanglah!” (Markus 4:39)