Kampung halaman saya telah mengalami musim sejuk yang terburuk dalam masa 30 tahun. Otot saya terasa sakit kerana mencangkul salji selama berjam-jam. Apabila saya masuk ke dalam rumah selepas usaha yang seolah-olah sia-sia dan menanggalkan but dalam keadaan letih, saya disambut oleh api yang hangat dan anak-anak saya di sekelilingnya. Sewaktu saya melihat keluar tingkap dari rumah saya yang selesa, pandangan saya tentang cuaca berubah sepenuhnya. Saya mula menikmati keindahan dahan pokok yang bersalji dan bagaimana salji menutupi landskap musim sejuk yang tidak berwarna, bukannya lagi memikirkan tentang lebih banyak kerja harus dilakukan.
Namun, peralihan pandangan Asaf adalah lebih besar apabila saya membaca kata-katanya dalam Mazmur 73. Pada mulanya, dia mengeluh kerana cara dunia, orang yang melakukan kesalahan pula diberi ganjaran. Dia meragui nilai hidup yang berbeza daripada orang ramai dan hidup demi kebaikan orang lain (ayat 13). Tetapi apabila dia masuk ke dalam tempat suci Tuhan, pandangannya berubah (ayat 16-17): dia mengingat bahawa Tuhan akan menguruskan dunia berserta masalahnya dengan sempurna, dan lebih baik adalah mendekati Tuhan (ayat 28).
Ketika kita tertekan oleh masalah yang bertubi-tubi di dunia ini, kita boleh masuk ke rumah Tuhan melalui doa dan dihangatkan oleh kebenaran yang mengubah corak pemikiran dan hidup kita; iaitu kebenaran tentang keputusan-Nya adalah lebih baik daripada keputusan kita. Walaupun keadaan kita tidak berubah, pandangan kita boleh berubah.