Bukan Seperti yang Dilihat
“Dengar!” kata isteri saya dalam telefon. “Ada monyet di halaman kita!” Dia mengangkat telefonnya supaya saya dapat mendengar bunyi monyet itu. Ya, ia kedengaran seperti seekor monyet. Namun keadaan ini amat pelik, kerana monyet liar yang paling dekat berada sejauh lebih daripada 3000 kilometer dari tempat kami.
Harta di Syurga
Ketika saya sedang membesar, saya dan dua orang adik perempuan suka duduk bersebelahan di atas peti kayu cedar kepunyaan emak saya. Emak saya menyimpan baju panas yang diperbuat daripada bulu serta sulaman yang dikait oleh nenek saya. Dia menghargai barang-barang yang disimpan dan bergantung kepada bau kayu sedar yang kuat untuk mencegah serangga merosakkan barangan yang ada di dalam peti.
Ambil Masa
Rima ialah seorang wanita dari Syria yang baru berpindah ke Amerika Syarikat. Dengan isyarat tangan dan perkataan Bahasa Inggeris yang sangat terbatas, dia cuba menjelaskan kepada pengajarnya tentang sebab dia berasa sedih. Air mata mengalir di pipinya sambil memegang sepiring fatayer (daging, keju, dan pai bayam) yang disediakannya. Kemudian dia berkata, “Satu lelaki,” dan mendesis-desis sambil menunjuk dari arah pintu ke ruang tamu dan kembali ke pintu tersebut. Pengajarnya menghubungkan segala itu dan mendapati bahawa ada beberapa orang dari gereja berdekatan yang sepatutnya melawat Rima dan keluarganya serta membawa hadiah. Tetapi hanya seorang lelaki datang. Dia telah bergegas masuk, meletakkan kotak barangan, dan bergegas keluar. Dia sibuk dengan tanggungjawabnya, sementara Rima dan keluarganya berasa kesunyian serta rindu untuk membina persahabatan dan berkongsi fatayer mereka dengan kawan-kawan baru.
Bertahan dengan Damai
Ketika saya terus mempercayai Tuhan sambil bergelut dengan kesakitan kronik, kesusahan yang paling kecil pun terasa seperti serangan musuh yang paling kejam. Masalah Pertama menyerang bahagian kanan badan saya. Masalah Kedua menyerang saya dari belakang. Masalah Ketiga ialah seakan-akan ada tumbukan pada bahagian hidung. Pada saat-saat begini, apabila kekuatan saya merosot dan perasaan lega melenyap dengan segera, seumpamanya melarikan diri dan menyembunyikan diri merupakan idea yang baik. Tetapi oleh sebab saya tidak dapat melepaskan diri daripada kesakitan, tidak dapat mengubah keadaan, atau tidak menghiraukan perasaan saya, maka saya belajar dengan bergantung kepada Tuhan untuk membawa saya melaluinya.
Negeri yang Terbentang Jauh
Amy Carmichael (1867-1951), terkenal dengan usahanya yang menyelamatkan anak perempuan yang yatim piatu di India dan memberikan mereka hidup yang baru. Di tengah-tengah kerja yang memenatkan ini, Amy menggelar masa-masa yang mencabar itu sebagai “detik visi.” Dalam bukunya Gold by Moonlight, dia menulis, “Di tengah-tengah hari yang sibuk, kami diberikan seakan-akan sekilas pandang tentang ‘negeri yang terbentang jauh’, dan kami berdiri dengan diam, terpegun di jalan raya.”