Saya bekerjasama dengan satu pasukan untuk menganjurkan satu acara komuniti tahunan. Kami menghabiskan sebelas bulan dalam perancangan untuk memastikan acara berlangsung dengan berjaya. Kami memilih tarikh dan tempat. Kami menetapkan harga tiket. Kami memilih segalanya daripada penjual makanan kepada juruteknik bunyi. Semasa acara tersebut menjelang, kami menjawab soalan umum dan memberi arahan. Selepas itu, kami mengumpulkan maklum balas. Ada yang baik. Ada yang buruk. Pasukan kami mendengar balasan yang gembira daripada pengunjung dan aduan. Maklum balas yang negatif boleh menyebabkan kami berasa kecewa dan mahu berputus asa.
Nehemia juga mengalami kritikan sewaktu dia memimpin satu pasukan untuk membina semula tembok Yerusalem. Mereka mengolok-olokkan Nehemia dan mereka yang bekerja di sisinya dengan berkata “Meskipun mereka membinanya semula, tembok batu mereka itu akan roboh walaupun hanya seekor rubah yang memanjatnya” (Nehemia 4:3). Cara dia menjawab pengkritiknya membantu saya menjawab pengkritik saya: Nehemia tidak berasa sedih atau cuba menyangkal komen mereka, sebaliknya dia berpaling kepada Tuhan untuk mencari bantuan-Nya. Dia tidak menjawab kritikan ini secara langsung, tetapi dia meminta Tuhan untuk mendengar keadaan umat-Nya yang diperlakukan dan membela mereka (ayat 4). Selepas mempercayakan kerisauan tersebut kepada Tuhan, dia dan rakan sepasukannya terus bekerja untuk membina tembok itu “dengan penuh tekad” (ayat 6).
Kita boleh belajar daripada Nehemia untuk tidak terganggu oleh kritikan terhadap kerja kita. Apabila kita dikritik atau diejek, kita tidak perlu menjawab pengkritik disebabkan oleh terluka atau marah, kita boleh berdoa dan meminta Tuhan supaya kita tidak berasa kecewa dan boleh meneruskan semua kerja dengan segenap hati.