Sewaktu percutian, saya dan suami telah mendaftar untuk menyertai aktiviti berkayak sepanjang Sungai Chattahoochee, Georgia. Setelah memakai sandal, gaun tidak berlengan dan topi bertepi lebar, saya mengeluh apabila kami mendapati bahawa segalanya adalah berbeza daripada apa yang diiklankan, kerana kami harus melalui beberapa jeram. Syukurlah, kumpulan kami termasuklah satu pasangan yang berpengalaman dalam kayak arus deras. Mereka mengajar suami saya asas berkayak dan berjanji untuk memimpin kami ke destinasi dengan selamat. Saya bersyukur kerana kami memakai jaket keselamatan, namun saya berteriak dan berpegang pada pemegang plastik pada kayak sehingga kami tiba di tepi sungai yang berlumpur. Saya melangkah keluar dan membuang air daripada dompet sementara suami saya membantu untuk mengeringkan baju saya. Kami tertawa, walaupun pengalaman itu tidak seperti yang diiklankan.
Tidak seperti risalah kayak arus deras tersebut yang jelasnya tertinggal suatu maklumat yang penting tentang perjalanan itu, Yesus dengan jelasnya mengingatkan murid-Nya bahawa ada gelora di hadapan. Dia memberitahu kepada mereka bahawa mereka akan dianiayai dan dibunuh, dan Dia akan mati dan bangkit semula. Dia juga meyakinkan kebolehpercayaan-Nya, menguatkan mereka bahawa Dia akan memimpin mereka menuju kemenangan dan pengharapan yang kekal (Yohanes 16:16-33).
Sungguhpun ini adalah baik jika hidup menjadi lebih senang apabila kita mengikut Yesus, Dia jelas mengatakan bahawa murid-murid-Nya akan mengalami kesukaran. Namun Dia berjanji bahawa Dia akan menyertai kita. Pencubaan tidak boleh menentukan, mengehadkan, atau merosakkan rancangan Tuhan untuk kita, kerana kebangkitan Yesus telah membawa kita kemenangan yang kekal.