Seorang budak lelaki menghidapi palsi serebrum sejak lahir. Ini menyebabkan dia tidak dapat bercakap atau berkomunikasi. Tetapi ibunya, Chantal Bryan, tidak pernah berputus asa, dan apabila anak itu berumur sepuluh tahun, dia mendapat cara untuk berkomunikasi dengannya melalui mata dan menulis pada papan. Apabila cara ini berjaya digunakan, ibu tersebut berkata, “Dia seumpamanya dibebaskan dan kami dapat bertanya kepadanya apa-apa sahaja.” Sekarang Jonathan boleh membaca dan menulis, termasuk puisi, dengan berkomunikasi dengan matanya. Apabila ditanya tentang perasaannya yang dapat “bercakap” dengan keluarga dan kawan-kawannya, dia menjawab, “Ini sungguh indah saya dapat mengatakan kepada mereka bahawa saya mengasihi mereka.”
Kisah Yonatan sangat menyentuh jiwa dan memimpin saya melihat bagaimana Tuhan membebaskan kita daripada belenggu dosa. Seperti yang ditulis Paulus kepada orang Kristian di Kolose, kita dahulu “tersisih daripada Allah” (Kolose 1:21), perbuatan dosa kita menjadikan kita musuh-Nya, tetapi melalui kematian Kristus pada kayu salib, kita sekarang dipersembahkan kepada Tuhan sebagai “orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya” (ayat 22). Kita sekarang boleh menjalani kehidupan yang “layak di hadapan Tuhan” apabila kita menghasilkan buah, bertumbuh dalam pengenalan Tuhan, dan diteguhkan dalam kuasa-Nya (ayat 10-11).
Kita boleh menggunakan suara kita yang bebas untuk memuji Tuhan dan mengkhabarkan Berita Baik-Nya bahawa kita tidak lagi dibelenggu dalam kehidupan yang berdosa. Apabila kita terus menempuh dalam perjalanan iman kita, kita boleh berpegang teguh pada harapan dalam Kristus.