Mendapat Kebebasan
Sewaktu saya masih budak kecil di kampung, sesuatu tentang ayam mempesonakan saya. Setiap kali saya menangkap seekor ayam, saya meletakkannya ke bawah untuk seketika dan kemudiannya membebaskannya dengan perlahan-lahan. Ayam tersebut akan kekal di sana kerana menyangka bahawa saya masih memegangnya; walaupun ayam itu bebas untuk berlari, namun berasa terperangkap.
Mengucap Syukur
Untuk bertahun-tahun lamanya, saya suka membaca penulisan G. K. Chesterton, seorang penulis Britain. Kelucuan dan wawasannya sering membuat saya tertawa dan berhenti sejenak untuk membuat renungan. Contohnya dia menulis, “Kamu mengucap syukur sebelum makan. Bagus. Tetapi saya mengucap syukur sebelum pertunjukan pentas, sebelum konsert, dan sebelum membuka sebuah buku dan sebelum melukis, berenang, bertinju, berjalan, bermain, menari; dan sebelum saya mencelup pen ke dalam dakwat.
Penghiburan Seorang Kawan
Seorang ibu menulis: pada suatu hari dia amat terkejut untuk melihat anak perempuannya penuh dengan lumpur di bahagian bawah dari pinggangnya setibanya di pintu rumah selepas balik dari sekolah. Anaknya menjelaskan bahawa seorang kawannya terjatuh ke dalam lumpur. Sementara seorang lagi kawan berlari untuk mendapatkan bantuan, anak kecil itu berasa simpati terhadap kawannya yang duduk berseorangan sambil memegang kakinya yang terluka. Dia pun pergi dan duduk di dalam lumpur tersebut bersama dengan kawannya sehingga guru datang.
Dimiliki
Saya berada di luar sehingga larut malam, seperti yang saya lakukan setiap malam Sabtu. Masa itu saya hanya berumur dua puluh tahun dan cuba sedaya upaya untuk melarikan diri daripada Tuhan. Tetapi secara tiba-tiba dan peliknya, saya berasa terdorong untuk menghadiri gereja yang digembalakan oleh ayah saya. Saya pun memakai seluar jeans yang sudah pudar warnanya, kemeja T dan kasut, lalu memandu ke sana.
Persekutuan dengan Yesus
Saya tidak dapat melupakan waktu saya berpeluang untuk makan malam bersebelahan dengan pengkhutbah Billy Graham. Saya berbesar hati dan gementar pada masa yang sama kerana tidak tahu apa yang perlu diperkatakan dengannya. Saya berfikir bahawa ia adalah menarik untuk memulakan perbualan dengan bertanya kepadanya apa itu sukacita terbesar dalam pelayanan yang telah berlangsung dengan lama. Saya pun mula membayangkan jawapannya. Adakah jawapannya adalah dapat berkenalan dengan para presiden, raja dan ratu? Atau dia pernah mengkhabarkan Injil kepada jutaan orang di seluruh pelosok dunia?