Salah seorang juruwang di bank saya mempunyai gambar kereta Shelby Cobra di tingkapnya. (Cobra adalah kereta berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Syarikat Ford Motor.)

Pada suatu hari, ketika berurus niaga di bank, saya bertanya jika itu keretanya. “Tidak,” dia menjawab, “itulah motivasi saya, tujuan saya bangun setiap pagi dan pergi bekerja. Saya akan memilikinya satu hari nanti.”

Saya memahami motivasi lelaki muda ini. Seorang kawan saya memiliki sebuah Cobra, dan saya pernah memandunya pada suatu ketika! Ia mesin yang hebat! Tetapi Cobra, seperti segala-galanya di dunia ini, tidak berbaloi untuk hidup semata-mata. Mereka yang mempercayai benda lain selain Tuhan “telah tunduk dan rebah,” menurut pemazmur (Mazmur 20:8).

Itulah sebab kita diciptakan untuk Tuhan dan bukan untuk sebab lain—satu kebenaran yang kita sahkan dalam pengalaman setiap hari: Kita membeli ini atau itu kerana kita fikir benda-benda ini akan membuat kita bahagia, tetapi seperti seorang kanak-kanak yang menerima banyak hadiah pada Hari Krismas, kita bertanya kepada diri sendiri, “Adakah ini segalanya?” Masih ada sesuatu yang hilang.

Tiada benda di dunia ini yang ditawarkan kepada kita—walaupun perkara sangat baik—dapat memuaskan kita sepenuhnya. Terdapat ukuran keseronokan di dalamnya, tetapi kegembiraan kita akan lenyap dengan cepat (1 Yohanes 2:17). Sesungguhnya, “Kita tidak dapat mendapat kebahagiaan dan kedamaian tanpa Tuhan,” C. S. Lewis menyimpulkan.