Sebagai seorang yang telah bertukar agama kepada mempercayai Yesus Kristus, Nabeel Qureshi telah menulis buku-buku untuk membantu para pembacanya memahami orang yang beragama dahulunya. Nada tulisannya bersifat penuh hormat, dan Qureshi selalu memaparkan perasaan kasih terhadap bangsanya.

Qureshi mendedikasikan salah sebuah buku kepada kakaknya yang masih belum mempercayai Yesus. Ucapan dedikasinya berbunyi ringkas tetapi berkuasa, “Saya memohon kepada Tuhan untuk hari yang kita boleh menyembah-Nya bersama.”

Kita dapat merasakan kasih sedemikian ketika kita membaca surat Paulus kepada gereja di Roma. “Aku teramat sedih dan gundah dalam hatiku” katanya, “Kerana aku rela terkutuk dan terpisah daripada Kristus untuk kepentingan saudara-saudara sebangsaku”(Roma 9:2-3).

Paulus sangat mengasihi orang Yahudi sehingga dia akan memilih untuk terpisah daripada Tuhan sekiranya mereka menerima Kristus. Dia memahami bahawa dengan menolak Yesus, umatnya menolak Tuhan yang tunggal itu. Ini mendorong dia untuk merayu kepada para pembacanya agar berkongsi berita baik mengenai Yesus dengan semua orang (10:14-15).

Hari ini, semoga kita mendedikasikan diri untuk berdoa dan mengasihi orang yang rapat dengan kita!