Penyempurnaan sesuatu tugas merupakan hal yang memuaskan. Sebagai contoh, pada setiap bulan, salah satu tanggungjawab saya adalah mengalihkan sesuatu tugas daripada satu kategori kepada kategori yang lain, daripada “Dalam Proses” kepada “Sudah Selesai.” Saya suka mengklik butang “Sudah Selesai”. Tetapi pada bulan lepas ketika saya sedang mengklik butang itu, saya berfikir, Alangkah baiknya jika saya dapat mengatasi kelemahan-kelemahan dalam iman saya dengan begitu mudah! Seolah-olahnya kehidupan Kristian sentiasa berada dalam proses dan tidak pernah selesai.
Kemudian saya teringat akan Ibrani 10:14. Ia menerangkan bagaimana pengorbanan Kristus menebus kita sepenuhnya. Oleh itu, dalam satu pengertian penting, “butang selesai” itu telah ditekan untuk kita. Kematian Yesus telah membuat apa yang kita tidak dapat lakukan untuk diri kita: Ia membuatkan kita diterima di mata Tuhan apabila kita meletakkan kepercayaan kita dalam-Nya. Ia sudah selesai, sebagaimana Yesus sendiri mengatakannya (Yohanes 19:30). Secara paradoks, walaupun pengorbanan-Nya adalah selesai dan lengkap, namun kita menggunakan sepanjang hayat kita untuk hidup dalam kenyataan rohani—”disucikan,” seperti yang ditulis oleh penulis Ibrani.
Hakikat bahawa Yesus telah menyelesaikan sesuatu yang masih sedang diusahakan dalam hidup kita adalah sukar difahami. Apabila saya bergelut secara rohani, hal itu amat mendorong saya untuk mengingat bahawa pengorbanan Yesus untuk saya dan anda—sudah sempurna … bahkan usaha untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan kita masih merupakan kerja yang dalam proses. Tiada sesuatu pun yang dapat menghentikan hasrat-Nya daripada dicapai akhirnya: diubah menjadi serupa dengan-Nya (lihat 2 Korintus 3:18).