Dalam novel Wuthering Heights, penulisan Emily Bronte, salah seorang watak cerewet sering memetik Alkitab untuk mengkritik orang lain telah dikenangkan sebagai “orang Farisi salih yang paling meletihkan orang, malah pernah menggeledah sebuah Alkitab untuk mengais [menerapkan] janji-janji itu kepada dirinya sendiri dan melemparkan kutukan kepada jiran-jirannya.”
Ia adalah satu ayat yang lucu; bahkan ini mungkin mengingatkan kita tentang seseorang yang tertentu. Tetapi bukankah kesemua kita bersifat sedikit seperti ini—cenderung mengutuk kegagalan orang lain tetapi memaafkan kegagalan kita sendiri?
Dalam Alkitab, sesetengah orang secara ajaib memberikan respons yang jelas bertentangannya; mereka rela melepaskan janji Tuhan bagi diri mereka dan dikutuk jika ini akan menyelamatkan orang belum percaya. Begitu juga dengan Musa, yang mengatakan bahawa namanya sanggup dihapuskan daripada buku Tuhan, dan tidak ingin melihat orang Israel tidak diampuni (Keluaran 32:32). Atau Paulus, yang mengatakan dia sanggup memilih untuk “terpisah daripada Kristus” jika saudara-saudara sebangsanya akan menjumpai Kristus (Roma 9:3).
Kita cenderung menganggap diri kita orang benar, tetapi Alkitab menonjolkan mereka yang mengasihi orang lain lebih daripada diri mereka.
Ini kerana akhirnya kasih sebegitu akan mengarah kepada Yesus. Yesus mengajar, “Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya” (Yohanes 15:13). Walaupun sebelum kita mengenal Dia, Yesus mengasihi kita “hingga ke saat akhir” (Yohanes 13:1)—Dia mengorbankan Diri untuk memberi kita hidup.
Sekarang kita dijemput ke dalam keluarga Tuhan, untuk mengasihi dan dikasihi seperti ini (Yohanes 15:9-12). Ketika kita mencurahkan kasih Kristus yang tidak dapat dibayangkan kepada orang lain, dunia akan melihat Dia.