Sewaktu saya muda, saya suka melawat sebuah perpustakaan tempatan yang kecil. Pada suatu hari, ketika melihat rak-rak buku di seksyen dewasa muda, saya berfikir mungkin saya boleh habis membaca setiap buku. Walaupun dengan penuh minat, saya terlupa akan satu fakta penting—buku-buku yang baru ditambah di atas rak-rak pada masa yang tetap. Walaupun saya berusaha bersungguh-sungguh untuk membacakannya, saya masih tidak dapat habis membaca buku yang terlalu banyak itu.

Buku baru terus mengisi lebih banyak rak buku. Rasul Yohanes mungkin akan berasa kagum dengan ketersediaan buku-buku hari ini memandangkan lima buku Perjanjian Barunya, Injil Yohanes; 1, 2, dan 3 Yohanes serta Wahyu, adalah ditulis dengan tangan pada skrol kertas.

Yohanes menulis buku-buku itu kerana dia digerakkan oleh Roh Kudus untuk memberi para Kristian satu laporan kesaksian tentang kehidupan dan pelayanan Yesus (1 Yohanes 1:1-4). Tetapi penulisan Yohanes hanya mengandungi sebahagian kecil daripada apa yang dilakukan dan diajar oleh Yesus semasa pelayanan-Nya. Pada hakikatnya, Yohanes berkata sekiranya semua yang dilakukan oleh Yesus dituliskan, “seluruh dunia ini pun tidak cukup untuk memuatkan semua kitab itu” (Yohanes 21:25).

Kesaksian Yohanes tetap benar pada hari ini. Biarpun semua buku tentang Yesus telah dituliskan, perpustakaan di dunia ini masih tidak dapat memuat setiap kisah kasih dan rahmat-Nya. Kita juga boleh meraikan bahawa kita mempunyai kisah peribadi kita sendiri untuk dikongsikan dan bersukacita bahawa kita akan menceritakannya selama-lamanya! (Mazmur 89:1).