Dua orang lelaki yang disabitkan kesalahan pengedaran dadah telah dijatuhkan hukuman mati dan dipenjarakan selama 10 tahun. Semasa di penjara, mereka mengetahui kasih Tuhan kepada mereka dalam Yesus, dan kehidupan mereka berubah. Apabila tiba masanya bagi mereka untuk menghadapi skuad penembak, mereka menghadapi para pelaksana hukuman mereka dengan pembacaan Doa Tuhan dan menyanyikan “Amazing Grace” (Sangat Besar Anugerah-Nya). Disebabkan oleh iman mereka kepada Tuhan, melalui kuasa Roh, mereka dapat menghadapi kematian dengan keberanian yang luar biasa.

Mereka mengikut contoh iman yang ditetapkan oleh Penyelamat mereka, Yesus. Apabila Yesus tahu bahawa kematian-Nya akan berlaku, Dia menghabiskan malam itu bernyanyi dengan kawan-kawan. Ini adalah istimewa bahawa Dia boleh bernyanyi di bawah keadaan sedemikian, tetapi apa yang lebih istimewa adalah apa yang dinyanyikan-Nya. Pada malam itu, Yesus dan kawan-kawannya mengadakan makan Paskah, yang selalunya berakhir dengan satu siri Mazmur yang dikenali sebagai Hallel (Pujian), Mazmur 113-118. Pada saat menghadapi kematian, malam itu Yesus menyanyikan “azab maut” yang mengelilingi Dia (Mazmur 116: 3). Namun Dia memuji kasih dan kesetiaan Tuhan (117:2) dan bersyukur atas penyelamatan-Nya (118:14). Tentunya mazmur-mazmur ini menghiburkan Yesus pada malam sebelum penyaliban-Nya.

Kepercayaan Yesus kepada Tuhan adalah begitu besar bahkan ketika Dia menghadapi kematian-Nya sendiri—kematian yang tidak patut diterima-Nya—Dia memilih untuk menyanyikan kasih Tuhan. Kerana Yesus, kita juga boleh berkeyakinan bahawa apa sahaja yang kita hadapi, Tuhan menyertai kita.