“Jangan lepaskan saya, Ayah!”
Saya tidak akan melepaskan kamu. Saya akan memegang tangan kamu dengan erat. Saya janji.”
Sewaktu masih kecil, saya takut akan air, tetapi ayah saya menginginkan saya belajar untuk berenang. Dia sengaja membawa saya jauh dari tepi kolam ke bahagian kolam air yang melebihi ketinggian saya, yang dia adalah satu-satunya sokongan saya. Kemudian dia akan mengajar saya agar jangan bimbang dan mengapung.
Ini bukan hanya satu pelajaran berenang; ini adalah satu pelajaran tentang kepercayaan. Saya tahu ayah saya mengasihi saya dan tidak akan membiarkan saya dilukai secara sengaja, tetapi saya masih berasa takut. Saya akan berpaut ketat pada lehernya sehingga dia menjaminkan keselamatan saya. Akhirnya, kesabaran dan kasihnya memenangi ketakutan saya, saya pun mula berenang. Tetapi saya mesti mempercayainya terlebih dahulu.
Apabila saya berasa seolah-olah “ditenggelami” dalam kesukaran, saya kadangkala berfikir kembali pada saat-saat itu. Mereka membantu saya menyedari penjaminan Tuhan kepada umat-Nya: “Sampai masa tuamu … Aku akan menanggung kamu. Aku telah menjadikan kamu dan Aku akan terus mendukung kamu” (Yesaya 46:4).
Kita mungkin tidak dapat merasakan perlindungan Tuhan, tetapi Tuhan telah berjanji bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita (Ibrani 13:5). Semasa kita berehat dalam penjagaan dan janji-Nya, Dia membantu kita belajar untuk mempercayai kesetiaan-Nya. Dia mengangkat kita agar tidak ditenggelami oleh kebimbangan, agar kita boleh mencari keamanan sejati dalam Dia.