Sebuah plak di rumah kami tercatatnya ungkapan ini, “Berdoa atau tidak berdoa, Tuhan tetap hadir.” Dalam versi moden, ungkapan ini bermaksud, “Sama ada anda percaya atau tidak percaya kepada Tuhan, Dia hadir di sini.”

Hosea, seorang nabi Perjanjian Lama yang hidup pada akhir abad kelapan SM (755-715), menulis kata-kata yang sama kepada bangsa Ibrani. Dia menggesa orang Israel supaya “berusaha keras” (Hosea 6:3) untuk mengenal Tuhan kerana mereka telah melupakan Dia (Hosea 4:1). Ketika mereka melupakan hadirat Tuhan, mereka mula menyeleweng daripada-Nya (Hosea 4:12) dan tidak lama kemudian mereka tidak lagi memikirkan Tuhan (lihat Mazmur 10:4).

Pemahaman Hosea yang sederhana tetapi mendalam untuk mengenal Tuhan mengingatkan kita bahawa Dia berada dekat dengan kita, dan bekerja dalam kehidupan kita, baik pada masa kita bersukacita mahupun kita bersedih.

Dengan mengenal Tuhan, ini mungkin bermakna bahawa apabila kita mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja, kita mengakui bahawa Tuhan memberikan kita kebijaksanaan untuk menyelesaikan tugas kita tepat pada masanya dan dalam bajet kewangan. Sekiranya permohonan perumahan kita ditolak, mengakui kewibawaan Tuhan akan membantu kita terus mempercayai bahawa Dia akan bekerja melalui keadaan tersebut untuk kebaikan kita.

Walaupun kita gagal memasuki universiti yang kita pilih, kita tahu bahawa Tuhan masih menyertai kita dan merasakan penghiburan hadirat-Nya walaupun kita berada dalam kekecewaan. Semasa kita menikmati makan malam, kita memahami bahawa Tuhan sedang mengingatkan kita tentang pembekalan-Nya dalam bahan-bahan makanan dan dapur untuk menyediakan hidangan.

Apabila kita mengenal Tuhan, kita mengingat-Nya baik pada masa kita menikmati kejayaan mahupun menghadapi kesedihan, sama ada perkara besar atau kecil dalam kehidupan kita.