Semasa saya belajar di universiti, saya bekerja di sebuah ladang di Colorado pada musim panas. Pada suatu petang, dalam keadaan letih dan lapar selepas satu hari yang panjang memotong rumput kering, saya memandu traktor ke halaman rumah. Dengan berlagak seperti orang hebat, saya memutarkan roda stereng roda dengan kuat ke kiri, menghentakkan kaki pada brek kiri, dan memutarkan traktor ke sekeliling.

Tiba-tiba sabit traktor itu terkena kaki sebuah tangki petrol seberat 500 gelen yang berdekatan. Tangki tersebut pun runtuh dan disertakan bunyi ledakan yang kuat, penutupnya terbuka, dan kesemua petrol tertumpah keluar.

Pemilik kandang yang berdiri berhampiran pergi meninjau kejadian yang berlaku.

Saya turun dari traktor dan meminta maaf daripadanya dengan tergagap-gagap. Perkara pertama yang terlintas dalam minda saya ialah—menawarkan diri untuk bekerja dengan dia sepanjang musim panas itu tanpa gaji.

Pemilik ladang tersebut melihat bekas tangki itu untuk seketika dan berpaling ke arah rumahnya. “Marilah kita makan malam,” katanya dengan selamba.

Satu kisah yang pernah diceritakan oleh Yesus telah muncul dalam fikiran saya—kisah tentang seorang lelaki muda yang telah melakukan satu perkara yang dahsyat: “Ayah, aku telah berbuat dosa kepada syurga dan kepada ayah,” katanya sambil menangis. Dia terus berkata, “Jadikanlah aku ini sebagai salah seorang gaji ayah,” tetapi sebelum dia sempat mengeluarkan semua kata dari mulutnya, ayahnya mencelah dia. Pada dasarnya, ayahnya berkata, “Marilah kita pergi makan malam” (Lukas 15:17-24).

Demikianlah rahmat Tuhan yang luar biasa.