Month: November 2018

Bapa Dan Anak

Ayah saya seorang yang baik, dan, dalam banyak aspek, saya merupakan anak lelaki yang bertanggungjawab. Tetapi, saya tidak pernah meluahkan hati saya kepadanya.

Maafkan Saya

Pada tahun 2005, Collins memalsukan sebuah laporan yang mengakibatkan McGee dipenjarakan selama 4 tahun. McGee bersumpah untuk mencari Collins apabila dia keluar nanti dan “mencederakan dia.” McGee akhirnya dibebaskan, tetapi dia sudah kehilangan segala-galanya. Sementara itu, banyak laporan yang dipalsukan oleh Collins telah terbongkar dan dia kehilangan pekerjaan, serta turut dipenjarakan. Tetapi kedua-dua lelaki itu percaya kepada Kristus semasa di penjara.

Ayah Di Klinik Pergigian

Saya tidak menjangka bahawa saya dapat mempelajari satu pengajaran yang penting tentang hati Bapa syurgawi di klinik pergigian. Saya berada di sana bersama anak lelaki saya yang berumur 10 tahun. Dia mempunyai gigi kekal yang tumbuh di bawah gigi susu yang masih belum tertanggal. Gigi itu harus dicabut. Tiada cara yang lain.

Sumber Kebijaksanaan

Seorang lelaki membuat tuntutan mahkamah terhadap seorang wanita, dengan tuduhan bahawa wanita itu memiliki anjing yang sebenarnya kepunyaan lelaki itu. Di mahkamah, wanita itu berkata bahawa anjing tersebut tidak mungkin ialah milik lelaki itu, serta memberitahu hakim tempat yang dia membeli anjing itu. Namun identiti pemilik sebenar telah didedahkan apabila hakim melepaskan ikatan anjing itu di bilik mahkamah. Ekornya bergoyang-goyang, dan dengan serta-merta anjing itu berlari ke arah lelaki tersebut!