Tempat pelupusan kereta buangan menarik perhatian saya. Saya suka membaiki kereta, jadi saya selalu pergi ke tempat pelupusan kereta buangan yang berhampiran dengan rumah kami. Ia adalah satu tempat yang sunyi, angin berbisik melalui bahagian kereta besar yang pernah menjadi milik seseorang yang berharga pada satu masa dahulu. Beberapa barang ini telah hancur, sebahagiannya lusuh, dan yang lain pula tiada kegunaan lagi. Ketika saya berjalan di antara barisan-barisan, sesebuah kereta akan kadang-kadang menarik perhatian saya, dan saya akan tertanya-tanya akan pengembaraan semasa “hayatnya.” Seperti pintu gerbang kepada masa lalu, setiap satu barang mempunyai satu cerita sendiri—daripada idaman manusia akan model kereta yang terbaru, dan laluan masa yang tidak dapat dielakkan.
Tetapi saya berasa gembira untuk memberikan tujuan baru untuk bahagian kereta yang lama. Setiap kali saya dapat mengambil sesuatu yang telah dibuang dan memberikannya kehidupan baru kepada sebuah kenderaan yang telah dibaiki, perasaan saya adalah seperti mencapai kemenangan kecil yang mengalahkan masa dan kemerosotan.
Kadang-kadang keadaan seperti ini membuat saya berfikir tentang kata-kata Yesus pada akhir Alkitab: “Aku telah mencipta segalanya baru” (Wahyu 21:5). Kata-kata ini merujuk kepada pembaharuan Tuhan tentang penciptaan, termasuklah orang percaya. Sekarang pun, setiap individu yang telah menerima Yesus adalah “ciptaan baru” dalam Dia (2 Korintus 5:17).
Pada satu hari, kita akan mengalami janji-Nya tentang hari-hari kekal bersama Dia (Yohanes 14:3). Umur dan penyakit tidak lagi wujud, dan kita akan meneruskan pengembaraan satu hayat yang abadi. Apakah cerita yang setiap kita perlu memberitahu kepada orang lain—cerita-cerita mengenai kasih penebusan dan kesetiaan kekal Penyelamat kita.