Kebangkitan Besar
Saya tidak akan melupakan ingatan tentang perjumpaan dengan rakan-rakan karib apabila anak-anak lelaki kami masih kecil. Orang dewasa akan berbual-bual sehingga larut malam; anak-anak kami yang letih pula akan tidur lelap di atas sofa atau kerusi selepas bermain.
Krismas yang Berbeza?
Sementara keadaan yang lain berbeza, ada satu perkara yang tidak pernah dan tidak akan berubah, iaitu kasih Kristus.
Menghapuskan Keaiban
Waktunya telah tiba sekali lagi, apabila kita akan berkumpul dengan keluarga untuk merayakan musim perayaan bersama-sama. Walau bagaimanapun, ada antara kita takut untuk berjumpa saudara-mara tertentu yang terlalu “mengambil berat” tentang keadaan masing-masing. Hal ini kerana soalan-soalan mereka sering membuatkan mereka yang masih bujang atau tiada anak berasa bahawa ada sesuatu yang tidak betul dengan mereka.
Cermin dan Pendengar
Apabila saya keluar dari hotel saya di Kampala, Uganda, seorang saudari yang datang untuk menjemput saya untuk menghadiri suatu seminar kami, memandang saya dengan satu senyuman terhibur. “Apakah yang begitu kelakar?” saya bertanya. Dia ketawa dan bertanya, “Adakah anda menyikat rambut anda? “ Sekarang adalah giliran saya untuk ketawa, kerana saya memang terlupa untuk menyikat rambut saya. Saya sememangnya telah melihat pantulan saya di depan cermin hotel. Kenapa saya tidak mengambil perhatian mengenai apa yang saya lihat?
Mozek Kecantikan
Ketika duduk di halaman Gereja Visitation di Ein Karem, Israel, saya sungguh kagum dengan pameran enam puluh tujuh mozek yang indah dan mengandungi kata-kata Lukas 1:46-55 dalam pelbagai bahasa. Ia dikenali secara tradisi sebagai Magnifikat dalam bahasa Latin “Nyanyian Pujian Maria,” ayat-ayat ini adalah reaksi Maria yang gembira terhadap pengumuman bahawa dia akan menjadi ibu kepada Mesias.