Saya berasa gembira apabila seorang dermawan membina sebuah rumah anak yatim untuk kanak-kanak yang tidak berumah. Saya juga berasa amat seronok apabila orang itu menambahkan lagi sumbangannya dan mengangkat salah seorang daripada kanak-kanak itu sebagai anaknya. Kebanyakan anak yatim akan berasa sungguh gembira apabila ada orang ingin menderma, tetapi ketika kemudiannya mengetahui bahawa dermawan itu bukan hanya bertujuan untuk membantu saya, malahan juga mahukan saya, apakah perasaan itu?

Anda ialah anak Tuhan, dan anda sudah sedia maklum mengenainya kerana ia sudah berlaku ke atas anda. Kita tidak akan merungut kerana Tuhan sudah cukup mengasihi kita dengan mengutus anak-Nya supaya kita “tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). Kebenaran ini sudah cukup bagi kita. Tetapi tidak bagi Tuhan. Dia “mengutus Anak-Nya sendiri … untuk menebuskan” kita, dan bukan hanya sekadar itu, tetapi “supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah” (Galatia 4:4-5).

Rasul Paulus merujuk diri kita sebagai “anak” kerana pada zamannya, hal anak mewarisi kekayaan ayahnya adalah satu kebiasaan. Paulus ingin menonjolkan bahawa sekarang setiap orang yang meletakkan imannya dalam Yesus, sama ada lelaki mahupun perempuan, menjadi “anak” Tuhan dengan hak pewarisan yang sama rata dan penuh (ayat 7).

Tuhan tidak sekadar ingin menyelamatkan anda. Dia mahukan anda. Dia telah mengangkat anda ke dalam keluarga-Nya, memberikan anda nama-Nya (Wahyu 3:12), dan dengan bangganya memanggil anda sebagai anak-Nya. Tidak mungkin anda lebih dikasihi ataupun diutamakan oleh orang lain daripada Dia. Anda bukan sekadar diberkati oleh Tuhan. Anda ialah anak Tuhan. Bapa mengasihi anda.