Cermin mata pertama yang saya gunakan telah membuka mata saya untuk melihat dunia dengan jelas. Saya menghidapi rabun jauh, maksudnya, objek yang dekat dapat dilihat dengan jelas. Namun tanpa cermin mata, benda-benda di sekitar bilik atau dalam jarak yang tertentu kelihatan agak kabur. Pada usia dua belas tahun, saya memiliki sepasang cermin mata yang pertama, dan saya terkejut apabila dapat melihat perkataan yang jelas di papan tulis, daun kecil di atas pokok, dan mungkin hal yang paling penting ialah senyuman pada wajah orang di sekeliling saya.
Ketika rakan-rakan membalas sapaan saya dengan senyuman, saya telah belajar bahawa, dapat dilihat adalah sama pentingnya dengan anugerah yang dapat melihat.
Hagar yang merupakan seorang hamba, menyedari hal ini semasa dia melarikan diri daripada sikap kejam majikannya, Sarai. Hagar yang “tidak memiliki apa-apa” dalam budayanya, sedang hamil dan bersendirian, melarikan diri ke padang pasir tanpa pertolongan atau harapan. Namun, dia telah dilihat oleh Tuhan, dan diberikan kekuatan, maka dengan itu dia telah melihat-Nya. Tuhan menjadi nyata kepadanya, bukan lagi dalam konsep yang samar-samar. Tuhan yang telah menjadi nyata kepadanya, adalah begitu nyata sehingga dia menamakan Tuhan, El Roi, yang bermaksud “Allah Yang Melihat.” Dia berkata, “Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?” (Kejadian 16:13).
Tuhan kita yang melihat juga sedang melihat setiap kita. Adakah anda berasa tidak dilihat, sendirian, atau seperti seorang yang tidak penting? Tuhan melihat anda dan masa depan anda. Justeru itu, semoga kita melihat harapan, dorongan, penyelamatan, dan sukacita yang kekal dalam Dia—untuk hari ini dan masa depan kita. Pujilah Dia pada hari ini untuk anugerah yang menakjubkan, kerana kita dapat melihat Tuhan yang benar dan hidup.