Pada suatu hari Ahad di sebuah gereja, seorang anak perempuan kecil yang sedang menaiki tangga kelihatan agak comel, berani dan berdikari. Seorang demi seorang kanak-kanak yang umurnya kelihatan tidak melebihi dua tahun menuruni anak-anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah. Hal menuruni anak-anak tangga adalah misinya dan dia berjaya melakukannya. Saya tersenyum kepada diri sendiri ketika saya merenungkan tindakan berani anak kecil ini. Kanak-kanak ini tidak berasa takut kerana dia tahu bahawa ibunya sentiasa memerhatikannya, dan tangan ibunya yang penuh kasih sentiasa bersedia untuk menolong. Ini betul-betul menggambarkan kesediaan Tuhan untuk menolong anak-anak-Nya semasa mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai ketidakpastian.
Firman Tuhan pada hari ini merujuk kepada “tangan” sebanyak dua kali dalam Alkitab Terjemahan Baru. Setelah memberi peringatan kepada umat-Nya supaya tidak berasa takut atau kecewa, Tuhan berkata kepada mereka, “Aku akan meneguhkan, bahkan akan menolong engkau; Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku yang membawa kemenangan” (Yesaya 41:10, Alkitab TB). Ramai kanak-kanak yang berasa cemas dan takut telah diteguhkan oleh kekuatan ibu bapa mereka. Di sini, kuasa Tuhan ternyata. Dalam rujukan “tangan” yang kedua, sekali lagi kita diperlihatkan tentang sifat Tuhan yang bertindak untuk menjamin keselamatan umat-Nya sendiri. “Sebab Aku ini, TUHAN, Allahmu, memegang tangan kananmu” (ayat 13, Alkitab TB). Meskipun keadaan hidup dan masa telah berubah, Tuhan tidak pernah berubah. Kita tidak perlu berputus asa (ayat 10) kerana Tuhan masih memberi jaminan kepada kita dengan janji-Nya yang akan sentiasa menyokong kita, dan kata-kata yang kita sangat perlu mendengar ialah: “Jangan takut” (ayat 10, 13).