Dalam perjalanan saya baru-baru ini ke Kota New York, saya dan isteri saya sanggup mengharungi malam yang bersalji serta menyewa sebuah teksi untuk perjalanan sejauh 4.8 kilometer dari hotel penginapan kami ke sebuah restoran Cuba. Selepas memasukkan butiran dalam aplikasi perkhidmatan teksi, saya terkejut apabila skrin memaparkan jumlah bayaran untuk perjalanan singkat kami: $1,547.26. Lalu saya menyedari bahawa saya telah tersilap membuat permintaan untuk perjalanan ke rumah kami, yang sejauh beberapa ratus kilometer!

Jika anda menggunakan maklumat yang salah, maka anda akan berhadapan dengan akibat yang buruk. Sentiasa. Itulah sebab Amsal mendorong kita “perhatikanlah ajaran guru (kita) dan belajarlah sebanyak mungkin”—kebijaksanaan Tuhan (Amsal 23:12). Jika kita mencari nasihat daripada orang bodoh, yang berpura-pura mengetahui lebih daripada yang dilakukan oleh mereka, dan yang telah berpaling daripada Tuhan, maka kita akan menghadapi masalah. Mereka “tidak akan menghargai nasihat” dan boleh membawa kita tersesat dengan nasihat yang tidak membantu, mengelirukan, atau penuh penipuan (ayat 9).

Sebaliknya, kita “belajarlah sebanyak mungkin” (ayat 12). Kita boleh membuka hati kita dan menerima perintah Tuhan yang membebaskan, yang mengandungi perkataan-perkataan yang jelas dan penuh harapan. Apabila kita mendengar nasihat daripada orang yang memiliki pengetahuan yang dalam tentang jalan Tuhan, mereka dapat membantu kita menerima dan mengikut hikmah Tuhan. Dan hikmah Tuhan tidak akan menyesatkan kita tetapi sentiasa mendorong dan membawa kita ke arah kehidupan dan keutuhan.