Ketika bekerja di dunia korporat, saya berpeluang berinteraksi dengan ramai orang yang berbakat dan bertaraf tinggi. Bagaimanapun, satu projek yang diketuai oleh seorang penyelia dari luar bandar merupakan satu kekecualian. Tanpa menghiraukan kemajuan pasukan kami, pengurus ini dengan kasar mengkritik kerja kami dan menuntut kami mencapai keputusan yang lebih tinggi semasa perjumpaan mingguan. Perkara ini membuatkan saya berasa tawar hati dan takut. Ada kalanya, saya teringin untuk berhenti bekerja.

Ada kemungkinan bahawa Musa berasa ingin berhenti sahaja apabila dia menghadapi Firaun ketika kegelapan. Tuhan sudah melakukan lapan tulah yang epik ke atas Mesir, dan akhirnya Firaun bertitah kepada Musa, “Pergilah dari sini! Jangan menghadap beta lagi! Jika engkau menghadap beta lagi, engkau akan mati” (Keluaran 10:28).

Sungguhpun Musa mengalami ancaman ini, akhirnya Dia telah dipakai oleh Tuhan untuk membebaskan bangsa Israel daripada cengkaman Firaun. “Kerana beriman, Musa meninggalkan Mesir tanpa berasa takut akan kemurkaan raja. Musa tidak mahu berpatah balik, kerana seolah-olah dia sudah nampak Allah yang tidak kelihatan itu” (Ibrani 11:27). Musa mengatasi ancaman Firaun dengan mempercayai bahawa Tuhan akan menunaikan janji-Nya bahawa Dia akan membebaskan bangsa Israel (Keluaran 3:17).

Hari ini, kita boleh bergantung pada janji bahawa Tuhan menyertai kita dalam apa jua keadaan, Dia menyokong kita melalui Roh Kudus. Dia menolong kita menentang tekanan yang mengancam respons yang salah terhadapnya, dengan “melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri” (2 Timotius 1:7). Roh Kudus memberi kita keberanian yang kita perlukan untuk terus mengikut pimpinan Tuhan dalam kehidupan kita.