Lebih Daripada Simbol
Di ambang mencipta kecemerlangan yang akan memecahkan rekod 25 tahun sebuah sekolah, bintang bagi pasukan bola keranjang Universiti Iowa, Amerika Syarikat, Jordan Bohannon dengan sengaja tidak menjaringkan lontaran bebas. Apakah sebabnya? Pada tahun 1993, beberapa hari selepas Chris Street, seorang pemain bola keranjang bagi pasukan Iowa melontarkan 34 lontaran bebas secara berterusan, dia meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Oleh itu Bohannon memilih untuk menghormati peringatan akan mendiang Street dengan tidak memecahkan rekodnya.
Bertahan
Ketika bekerja di dunia korporat, saya berpeluang berinteraksi dengan ramai orang yang berbakat dan bertaraf tinggi. Bagaimanapun, satu projek yang diketuai oleh seorang penyelia dari luar bandar merupakan satu kekecualian. Tanpa menghiraukan kemajuan pasukan kami, pengurus ini dengan kasar mengkritik kerja kami dan menuntut kami mencapai keputusan yang lebih tinggi semasa perjumpaan mingguan. Perkara ini membuatkan saya berasa tawar hati dan takut. Ada kalanya, saya teringin untuk berhenti bekerja.
Hidup yang Tidak Terbanding
Dalam satu program TV, orang dewasa muda beraksi sebagai pelajar sekolah menengah untuk lebih memahami kehidupan remaja. Mereka mendapati bahawa media sosial memainkan peranan yang penting dalam cara remaja menilai diri mereka. Seorang peserta berkata, “Nilai diri [pelajar-pelajar itu] berkait rapat dengan media sosial—bergantung kepada jumlah “Suka” yang mereka dapat melalui kiriman gambar mereka.” Keperluan untuk mendapat penerimaan orang lain boleh menyebabkan orang muda berkelakuan ekstrem dalam talian.
Memilih Menjadi Gelandangan
Keith Wasserman telah memilih untuk hidup sebagai gelandangan untuk beberapa hari setiap tahun sejak tahun 1989 supaya dia dapat bertumbuh dalam kasih dan belas kasihan. “Saya tinggal di jalanan untuk meluaskan perspektif dan pemahaman” tentang orang yang tidak memiliki rumah,” kata Keith, seorang pengarah eksekutif Good Works, Inc (sebuah pertubuhan komuniti sejak tahun 1981).