Keluarga saya seramai lima orang telah menghabiskan percutian Krismas di Roma. Itulah kali pertama saya melihat begitu ramai orang yang bersesak-sesak di sebuah tempat. Apabila kami melalui orang ramai yang sesak itu untuk melawat tempat-tempat pelancongan seperti Vatikan dan Koliseum, saya tidak henti-henti untuk mengingatkan anak-anak saya agar tetap peka akan situasi di sekeliling mereka—peka terhadap di mana kamu berada, siapa yang ada di sekeliling kamu, dan apa yang sedang berlaku. Baik di rumah atau di luar, zaman yang kita hidup sekarang tidak lagi selamat. Dengan adanya telefon pintar dan fon telinga, ini menyebabkan anak-anak (dan orang dewasa) tidak peka terhadap situasi di persekitaran mereka.
- Kepekaan akan situasi. Inilah satu aspek doa Paulus untuk orang percaya di Filipi yang dicatatkan dalam Filipi 1:9-11. Dia berharap kepekaan mereka semakin meningkat tentang siapa/apa/di mana persekitaran mereka. Tetapi Paulus tidak berbuat demikian untuk keselamatan peribadi, melainkan berdoa dengan tujuan yang lebih besar, iaitu supaya umat Tuhan yang kudus menjadi pengurus kasih Kristus yang baik, “dapat memilih apa yang terbaik”, “bebas daripada segala celaan dan tuduhan”, serta dipenuhi dengan perbuatan yang benar-benar baik, kerana Yesus sahaja yang dapat menyebabkan kamu berbuat demikian. Kehidupan sedemikian hanya datang daripada kesedaran tentang siapa itu Tuhan dalam hidup kita, serta kita yang semakin bergantung kepada-Nya ialah apa yang menyenangkan hati-Nya. Selain itu, dalam mana-mana dan segala situasi ialah tempat yang kita dapat berkongsi kasih-Nya yang berlimpah-limpah.
ILHAM
Kota Filipi mendapat namanya daripada bapa kepada Alexander Agung (Alexander the Great), Philip of Macedon, yang menawan kota itu pada 360 SM. Ia adalah bandar utama wilayah Makedonia, yang kini terdiri daripada bahagian utara dan tengah Yunani dan merupakan sebahagian Albania. Filipi dianggap sebagai tanah jajahan Roma, oleh itu rakyat di kota itu mempunyai hak-hak warganegara Roma.Paulus datang ke Filipi pada pertama kalinya setelah mendapat satu penglihatan, iaitu seorang lelaki memohon dia untuk "datang ke Makedonia dan tolonglah kami." Paul menyimpulkan bahawa Tuhan menyuruhnya untuk mengkhabarkan Berita Baik kepada orang di situ dan segera bersiap-siap untuk bertolak ke Makedonia (Kisah Rasul-Rasul 16:9-10). Di luar gerbang kota, Paulus mengajar sekumpulan wanita yang berkumpul di tebing sungai. Antaranya ialah Lidia, yang dianggap sebagai orang pertama yang menjadi Kristian di Eropah (ayat 13-15).