Ditelan
Dalam bukunya The Call, Os Guinness menghuraikan suatu masa apabila Winston Churchill sedang bercuti dengan kawan-kawannya di selatan Perancis. Masa itu mereka sedang duduk di tepi unggun api untuk memanaskan diri pada malam yang sejuk. Semasa merenungkan unggun api, bekas perdana menteri itu melihat kayu pain berdetus dan berdesir sambil dibakar api. Tiba-tiba suaranya yang rendah kedengaran, “Saya tahu sebab kayu pain berbunyi. Saya tahu apa rasanya dijilat api.”
Hati Dipenuhi Damai
Selepas kerjayanya sebagai atlet profesional selama 45 tahun berakhir, Jerry Kramer tidak dinaikkan ke status legenda sukan (pengiktirafan tertinggi). Dia telah menerima banyak pengiktirafan dan pencapaian, namun status ini tidak pernah diperolehnya. Walaupun dia telah dicalonkan untuk penghormatan ini sebanyak sepuluh kali, namun ia tidak pernah dianugerahkan kepadanya. Walaupun dia berasa kecewa tentang hal ini, Kramer masih bersikap pemurah dan berkata, “Saya berasa itu seumpama Liga Bola Sepak Amerika (NFL) telah memberikan saya 100 buah hadiah dalam hidup saya. Justeru jika saya berasa sedih atau marah disebabkan oleh sebuah hadiah yang saya tidak peroleh, maka ia adalah satu kebodohan!”
Melalui Lembah Kegelapan
Hae Woo (bukan nama sebenar) dipenjarakan di kem tahanan buruh di Korea Utara kerana melepasi sempadan ke China. Siang dan malam merupakan satu penyeksaan, katanya, dengan berhadapan dengan pegawai yang kejam, kerja yang berat, dan kekurangan tidur disebabkan oleh lantai yang sejuk seperti ais, serta terdapat tikus dan kutu. Tetapi Tuhan menolongnya setiap hari, Dia juga menunjukkan kepadanya untuk berkawan dengan banduan lain dan berkongsi imannya.
Berita Baik untuk Disampaikan
“Siapakah nama anda?” tanya Arman, seorang pelajar dari Iran. Selepas memberitahunya bahawa nama saya ialah Estera, wajahnya kelihatan riang sambil berkata, “Kita mempunyai nama yang sama dalam bahasa Farsi, iaitu Setare!” Hal itu telah menujukan satu perbualan yang menarik. Saya memberitahunya bahawa saya dinamakan menurut satu perwatakan dalam Alkitab, “Ester,” seorang permaisuri Yahudi di Persia (sekarang dipanggil Iran). Bermula dengan ceritanya, saya berkongsi berita baik tentang Yesus. Selepas perbualan itu, Arman mula menghadiri pengkajian Alkitab mingguan untuk belajar lebih banyak tentang Kristus.