Peka akan Situasi
Keluarga saya seramai lima orang telah menghabiskan percutian Krismas di Roma. Itulah kali pertama saya melihat begitu ramai orang yang bersesak-sesak di sebuah tempat. Apabila kami melalui orang ramai yang sesak itu untuk melawat tempat-tempat pelancongan seperti Vatikan dan Koliseum, saya tidak henti-henti untuk mengingatkan anak-anak saya agar tetap peka akan situasi di sekeliling mereka—peka terhadap di mana kamu berada, siapa yang ada di sekeliling kamu, dan apa yang sedang berlaku. Baik di rumah atau di luar, zaman yang kita hidup sekarang tidak lagi selamat. Dengan adanya telefon pintar dan fon telinga, ini menyebabkan anak-anak (dan orang dewasa) tidak peka terhadap situasi di persekitaran mereka.
Kasih yang Tidak Terhurai
Gereja kami dengan jumlah jemaah yang kecil telah membuat keputusan untuk memberi kejutan kepada anak lelaki saya pada hari jadinya yang keenam tahun. Mereka menghias bilik Sekolah Minggu dengan belon dan menyediakan meja kecil dengan kek di atasnya. Apabila anak saya membuka pintu bilik, semua orang berteriak, “Selamat hari jadi!”
Berkat yang Dipinjamkan
Sementara kami tunduk kepala untuk doa makan tengah hari, kawan saya Jeff berdoa sedemikian: “Bapa, terima kasih kerana mengizinkan kami menghirup udara-Mu dan memakan makanan-Mu.” Jeff baru sahaja kehilangan pekerjaan, dan kepercayaannya kepada Tuhan serta kesedarannya bahawa segala sesuatu adalah milik-Nya, telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada saya. Saya mula berfikir: Adakah saya benar-benar memahami bahawa segala perkara, walaupun benda yang paling asas setiap hari sebenarnya adalah milik Tuhan, dan Dia sekadar mengizinkan saya menggunakannya?