Pada musim panas tahun 2017, Ribut Harvey telah meragut nyawa dan memusnahkan harta benda secara dahsyat di Pantai Teluk, Amerika Syarikat. Ramai orang telah menyumbangkan makanan, pakaian, dan tempat berteduh kepada mangsa yang terdesak.

Seorang pemilik kedai piano di Maryland berasa terdorong untuk melakukan sesuatu. Dia memikirkan bagaimana muzik boleh membawa penyembuhan yang istimewa serta memulihkan kehidupan orang yang telah kehilangan semuanya. Justeru itu, dia dan pekerjanya mula membaiki piano-piano yang terpakai dan bertanya untuk menghantar piano-piano ke tempat yang amat memerlukan. Pada musim bunga itu, Dean Kramer dan isterinya, Lois, memulakan perjalanan yang jauh ke Houston, Texas, dengan memandu lori yang dipenuhi dengan piano percuma untuk disumbangkan kepada keluarga, gereja, dan sekolah di kawasan yang terkesan.

Kadangkala kita mengertikan perkataan sesama manusia sebagai seseorang yang tinggal berdekatan atau seseorang yang kita kenali. Tetapi dalam Lukas 10, Yesus menceritakan perumpamaan tentang seorang Samaria yang baik untuk mengajar bahawa kasih kita terhadap tetangga seharusnya tidak bersempadan. Orang dari Samaria itu sudi membantu seorang asing yang cedera, meskipun dia seorang Yahudi, iaitu orang yang berselisih faham dengan orang Samaria (ayat 25-37).

Ketika Dean Kramer ditanyakan sebab dia menyumbangkan kesemua piano itu, dia berkata dengan ringkas: “Kita diberitahu untuk mengasihi sesama kita.” Dan Yesus yang berkata, “Tiada lagi perintah lain yang lebih utama” (Markus 12:31) daripada mengasihi Tuhan dan sesama kita.