Ketika kami menonton anak perempuan kami dalam perlawanan bola jaring dari tempat duduk penonton, saya mendengar jurulatihnya berkata kepada budak-budak perempuan di gelanggang itu: “Berpasangan.” Dengan serta-merta, pertahanan mereka berubah daripada satu lawan satu kepada dua lawan satu untuk menghadapi pemain lawan yang paling tinggi, yang sedang memegang bola. Mereka berjaya menghalang pemain lawan mereka itu ketika berusaha untuk membaling dan mendapatkan markah, dan akhirnya membawa bola itu ke kawasan sendiri.
Ketika Salomo, penulis kitab Pengkhutbah bergelut dengan kerja keras dan kekecewaan dunia, dia juga mengakui bahawa bekerja bersama-sama akan menjadikan “hasilnya lebih baik” (Pengkhutbah 4:9). Manakala orang yang berjuang seorang diri “mudah dikalahkan” (ayat 12). Seorang teman rapat boleh menolong kita apabila kita jatuh (ayat 10).
Kata-kata Salomo mendorong kita berkongsi perjalanan hidup kita dengan orang lain supaya kita tidak menghadapi cubaan hidup sendirian. Bagi sesetengah kita, ini perlu mendedahkan kelemahan sendiri yang kita tidak biasa tahu dan membuatkan kita tidak selesa. Yang lain pula mendambakan keintiman dan pergelutan yang sedemikian untuk mencari teman yang kita boleh berkongsi segala sesuatu. Apa pun situasinya, kita tidak boleh berhenti mencapai matlamat itu.
Salomo dan jurulatih itu menyetujui kenyataan ini: dengan adanya teman di sekeliling kita merupakan strategi yang terbaik untuk menghadapi pergelutan besar di gelanggang dan kehidupan. Tuhan, terima kasih kerana meletakkan orang lain dalam hidup kami untuk mendorong dan menyokong kami.