Tangan Tuhan yang Ajaib
Ketika berada dalam pesawat selama 20 minit dari New York ke San Antonio, rancangan penerbangan itu ditukar kerana keadaan menjadi huru-hara. Salah satu enjin kapal gagal berfungsi, dan serpihan enjin itu telah menghentam tingkap sehingga menyebabkan kabin kapal nyahmampat. Yang menyedihkan, beberapa orang penumpang telah tercedera dan seorang pula terbunuh. Jika tiada juruterbang yang berkebolehan dikokpit—seorang yang terlatih sebagai juruterbang jet pejuang tentera laut—mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk. Demi kejadian ini, tajuk berita akhbar tempatan berbunyi, “Dalam Tangan yang Ajaib.”
Pelukan Beruang
“Beruang” ini adalah hadiah untuk cucu saya—kasih yang melimpah-limpah terkandung dalam boneka haiwan gergasi. Agaknya apakah respons cucu saya, Baby D, ketika menerima Beruang tersebut? Pertama, dia berasa kagum. Seterusnya, dia berasa sangat hairan. Kemudian, timbul rasa ingin tahu yang menggesa dia memulakan penerokaan dengan berani. Dia mencucuk hidung Beruang dengan jarinya yang pendek dan montok, dan ketika Beruang itu diambil tangannya, dia berasa sangat gembira! Baby D meletakkan kepalanya pada dada Beruang yang penuh bulu dan memeluknya erat-erat. Lesung pipit terukir di pipinya ketika dia tersenyum lebar, sambil menyembamkan badannya ke dalam kelembutan Beruang yang empuk. Kanak-kanak itu tidak tahu akan ketidakmampuan Beruang untuk benar-benar mengasihinya. Tanpa mengetahui apa-apa dan dengan bersahaja, dia merasakan kasih daripada Beruang dan membalasnya dengan sepenuh hati.
Ketika Semua Kelihatan Hilang
Hanya dalam masa enam bulan, kehidupan Gerald telah runtuh. Krisis ekonomi memusnahkan perniagaan serta kekayaannya, sementara sebuah kemalangan yang tragik telah meragut nyawa anak lelakinya. Disebabkan oleh kejutan besar itu, ibunya diserang penyakit jantung dan meninggal, isterinya pula menderita kemurungan, dan dua orang anak perempuannya masih tidak dapat ditenangkan. Dia hanya dapat mengulangi kata-kata pemazmur ini, “Allahku, ya Allahku, mengapakah Engkau meninggalkan aku?” (Mazmur 22:2).
Kritikan yang Membina
Ketika berada dalam kelas melukis landskap, pengajar kami yang profesional dan amat berpengalaman memeriksa tugasan pertama saya. Dia berdiri dengan senyap di depan lukisan saya, sambil memegang dagunya. Saya berfikir, Habislah. Dia akan mengatakan sesuatu yang teruk. Tetapi dia tidak berkata demikian.