Ketika berada dalam kelas melukis landskap, pengajar kami yang profesional dan amat berpengalaman memeriksa tugasan pertama saya. Dia berdiri dengan senyap di depan lukisan saya, sambil memegang dagunya. Saya berfikir, Habislah. Dia akan mengatakan sesuatu yang teruk.

Tetapi dia tidak berkata demikian.

Dia berkata bahawa dia menyukai skema warna dan keterbukaan perasaan dalam karya saya. Kemudian dia berkata lagi bahawa pokok yang jaraknya jauh boleh diwarnakan dengan warna cerah. Serumpun rumpai perlu dihaluskan hujungnya. Dia mempunyai hak untuk mengkritik kerja saya berdasarkan peraturan perspektif dan warna, tetapi kritiknya itu adalah benar dan baik.

Hanya Yesus yang cukup layak untuk menghukum manusia kerana dosa mereka, namun Dia tidak menggunakan Sepuluh Hukum untuk menegur seorang perempuan Samaria yang ditemui-Nya di sebuah perigi purba. Secara lembut Dia mengkritik hidupnya dengan beberapa pernyataan. Akhirnya, dia sendiri menyedari bahawa usahanya untuk mencari hal-hal yang dapat memenuhi kepuasan telah membawanya ke dalam dosa. Dengan kesedaran ini, Yesus memperlihatkan diri-Nya sebagai satu-satunya sumber kepuasan yang kekal (Yohanes 4:10-13).

Kombinasi rahmat Tuhan dan kebenaran yang digunakan oleh Yesus dalam situasi ini ialah apa yang kita alami dalam hubungan kita dengan-Nya (ayat 17). Rahmat-Nya menghalang kita ditenggelami oleh dosa kita, dan kebenaran-Nya membantu kita supaya tidak memandang enteng terhadap isu dosa.

Adakah kita menjemput Yesus agar menunjukkan bahagian hidup kita yang perlu bertumbuh lagi, supaya kita boleh semakin menyerupai Dia?