Dalam dokumentari Look & See: Apotrait of Wendell Berry, penulis buku Barry menggunakan perceraian ” untuk menggambarkan keadaan dunia kita. Kita terpisah daripada satu sama lain. Terpisah daripada sejarah dan tanah air kita. Perkara-perkara yang sepatutnya berada dalam keadaan yang lengkap, telah terpisah. Apabila ditanya tentang apa yang kita harus lakukan dengan kenyataan yang menyedihkan ini, Berry berkata, “Kita tidak dapat menyatukan semua perkara. Kita hanya mengambil dua perkara dan meletakkannya bersama.” Kita mengambil dua perkara yang sudah hancur terpisah dan menyatukannya semula.
Berbahagialah orang yang membawa kedamaian,” kata Yesus kepada kita (Matius 5:9). Mengadakan perdamaian bererti kita membawa shalom. Keadaan shalom ini membawa makna bahawa dunia berada dalam keadaan yang baik. Seorang ahli teologi mentakrifkan teologi shalom sebagai “kemakmuran sejagat, menyeluruh dan kegembiraan … beginilah setiap perkara seharusnya berlaku.” Shalom bererti mengambil apa yang hancur dan menjadikannya lengkap. Apabila Yesus memimpin, kita akan bersungguh-sungguh membetulkan apa yang perlu dibetulkan. Dia memanggil kita menjadi pendamai, untuk menjadi “”garam dunia” dan “cahaya bagi dunia” (ayat 13-14).
Ada banyak cara untuk menjadi pendamai di dunia ini, tetapi dalam setiap keadaan, semoga kita dapat berhadapan dengan kehancuran dan bukan berserah kepadanya. Dalam kuasa Tuhan, kita jangan biarkan sesebuah persahabatan menjadi putus atau membiarkan orang di sekeliling kita bergelut dengan sikap orang yang tidak ambil peduli dan rasa terasing. Mari melihat tempat-tempat yang hancur dan percaya bahawa Tuhan memberikan kita hikmah serta kemahiran untuk mendamaikan orang.
ILHAM
Konteks kata-kata Kristus di sini adalah kritikal. Dia baru sahaja memberikan "ucapan bahagia"—siri pengisytiharan yang Dia menyingkapkan nilai pemerintahan-Nya. Fikiran radikalnya menterbalikkan nilai dunia. Yesus mengumumkan bahawa "berbahagialah" orang yang "sedar bahawa mereka memerlukan Allah" (Matius 5:3), "yang bersedih hati" (ayat 4), "yang rendah hati" (ayat 5), "yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah” (Ayat 6), "yang mengasihani orang lain" (ayat 7), "yang murni hati" (ayat 8), "yang membawa kedamaian antara manusia" (ayat 9), dan orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah (ayat 10).Hidup dengan nilai-nilai-Nya membuat kita berbeza dengan dunia. Apabila kita menjadi orang yang membawa kedamaian antara manusia, kita membenarkan satu sinaran cahaya untuk menghilangkan kegelapan yang mengancam dunia kita. Apabila kita menderita, mereka yang melihat tindak balas kita akan mengesan perbezaan yang dibawa oleh Kristus.