Month: Julai 2019

Melakukan Apa Yang Kita Ajar

Sebagai seorang pastor dan penulis, Eugene Peterson berpeluang mendengar kuliah yang disampaikan oleh pakar perubatan Switzerland dan kaunselor pastor yang sangat dihormati, Paul Tournier. Peterson telah membaca beberapa karya penulisan doktor ini dan sangat mengagumi pendekatannya tentang penyembuhan. Kuliah itu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Peterson. Selepas itu, dia menyimpulkan Tournier ialah orang yang melakukan apa yang dikatakannya. Peterson memilih perkataan ini untuk menyatakan pengalamannya: “Keselarasan. Itulah perkataan terbaik yang saya dapat fikirkan.”

Dapatkah Saya Diampuni?

Alkitab memberitahu kita bahawa sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh meminta ampun daripada Tuhan dan kembali kepada-Nya dalam ketaatan, akan menemukan pengampunan yang sebenar. Namun, apakah yang akan terjadi kepada mereka yang tidak dapat melupakan segala kesilapan dan perbuatan masa silam? Bolehkah Tuhan benar-benar mengampuni sesiapa pun—bahkan yang paling jahat?

Semoga anda menemukan kebenaran yang membebaskan melalui buku kecil ini.

Setiap Cerita, Bisikan Nama-Nya

Saya membuka Alkitab Kanak-Kanak bergambar yang menarik dan mula membacakannya kepada cucu lelaki saya. Kami segera terpesona dengan perkembangan jalan cerita tentang pemberian dan kasih Tuhan. Saya meletakkan penanda di halaman yang sedang kami baca untuk melihat judul buku sekali lagi: Cerita Alkitab tentang Yesus: Setiap Cerita Membisikkan Nama-Nya.

Jujur kepada Tuhan

Cucu saya yang berumur tiga tahun memulakan harinya dengan tidak senang hati. Dia tidak dapat mencari baju kegemarannya. Kasut yang hendak dipakainya terlalu panas. Dia berasa marah dan mendengus terhadap neneknya kemudian duduk menangis.

Bagaimana Mencari Kedamaian

Sewaktu makan tengah hari, seorang sahabat bertanya kepada saya, “Apakah pendapat anda tentang kedamaian?” Saya bingung dan berkata, “Entahlah. Saya tidak pasti. Kenapa?” Dia menjawab, “Ketika anda duduk dan goyang kaki semasa kebaktian, saya tertanya-tanya jika anda berasa gelisah tentang sesuatu. Pernahkah anda fikir tentang kedamaian yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka yang mengasihi-Nya?”