Dalam bukunya Surprised by Joy, C. S. Lewis mengakui sewaktu dia menjadi seorang Kristian pada umur 33 tahun, dia pernah “menendang, bergelut, berasa geram dan melihat ke mana-mana, bermati-matian mencari setiap peluang untuk melepaskan diri daripada Tuhan.” Walaupun dia sendiri menentang, malah harus menghadapi kekurangan dan halangannya, Tuhan mengubah dia menjadi pembela iman yang berani dan kreatif. Lewis mengisytiharkan kasih dan kebenaran Tuhan melalui penulisan sejumlah esei dan novel yang sangat berkuasa, yang kini masih dibaca, dikaji dan dikongsi lebih daripada 55 tahun selepas dia meninggal dunia. Kehidupannya mencerminkan kepercayaannya bahawa seseorang “tidak terlalu tua untuk menetapkan azam lain atau mengimpikan suatu impian baru.”
Apabila kita membuat rancangan dan mengikut impian-impian kita, Tuhan dapat menyucikan matlamat kita dan memberikan kuasa kepada kita untuk menumpukan apa sahaja yang kita lakukan kepada-Nya (Amsal 16:1-3). Bermula daripada tugas yang paling biasa sehinggalah cabaran yang terbesar, kita boleh hidup demi kemuliaan Pencipta Agung kita, yang “segala yang dibuat TUHAN sesuatu ada tujuannya” (ayat 4). Setiap tindakan, setiap kata, dan setiap pemikiran boleh menjadi ungkapan penyembahan yang tulus, persembahan korban untuk menyenangkan hati Tuhan kita, manakala Dia memperhatikan kita (ayat 7).
Tuhan tidak dapat dihadkan oleh keterbatasan, rancangan, atau kecenderungan kita untuk menyempurnakan atau mengimpikan impian yang kecil. Selagi kita memilih untuk hidup bagi Dia—mendedikasikan diri kepada-Nya, dan bergantung kepada-Nya—Dia akan membawa rancangan-Nya untuk kita. Apa sahaja yang kita lakukan dapat dilakukan dengan Dia, untuk Dia, dan semata-mata kerana Dia.