Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar yang mengambil kelas berkhutbah di sebuah seminari yang terkenal. Pelajar itu ialah seorang pemuda yang agak sombong, walaupun khutbahnya disampaikan dengan kefasihan dan semangat yang nyata. Dia duduk dengan puas hati, dan profesornya diam sejenak sebelum memberi respons. “Itu khutbah yang penuh kuasa,” katanya. “Khutbah anda teratur dan mengharukan. Satu-satu masalahnya, Tuhan bukanlah subjek utama dalam satu pun ayat anda.”
Profesor itu menonjolkan masalah yang ada kalanya menjadi pergelutan bagi kita: Kita boleh berbicara seolah-olah kita ialah pelakon utama (menekankan apa yang kita lakukan dan katakan), namun sebenarnya Tuhan ialah pelakon utama dalam segala kehidupan. Kita sering meluahkan pengakuan bahawa Tuhan secara umumnya “bertanggungjawab,” tetapi kita bertindak seolah-olah semua hasil adalah bergantung kepada diri kita.
Alkitab menegaskan Tuhan ialah subjek sebenar dalam kehidupan kita, iaitu kekuatan sejati kita. Malah tindakan iman kita juga perlu dilakukan “atas nama Tuhan”—dalam kuasa Tuhan (Mazmur 118:10-11). Tuhan yang mewujudkan penyelamatan kita. Tuhan menyelamatkan kita. Tuhan memenuhi keperluan kita. “Inilah perbuatan TUHAN” (ayat 23).
Jadi tekanan itu hilang. Kita tidak perlu berasa bimbang, asyik membandingkan, bekerja berlebih-lebihan, atau memberi tumpuan kepada banyak kegelisahan kita. Tuhan berkuasa atas segala sesuatu. Kita hanya perlu percaya dan mengikut petunjuk-Nya dalam ketaatan.
Bilakah anda kerap dicubai untuk memikirkan anda ialah pelakon utama dalam hidup anda? Bagaimanakah Tuhan mengingatkan anda untuk membenarkan Dia menjadi pusat kehidupan anda?
Tuhan, selama ini, aku hanya mengakui bahawa Engkau berkuasa atas dunia aku dengan kata-kata, namun tidak sungguh-sungguh percaya kepada-Mu. Aku ingin berhenti untuk bergantung pada diri sendiri. Tolonglah aku mempercayai Engkau.
Mazmur 118 merupakan satu mazmur
Hallel (pujian) yang dinyanyikan pada masa kenduri di Israel kuno. Secara tambahan, bagaimanapun, lagu perayaan khas ini juga mengandungi elemen-elemen mengenai Mesias (Penyelamat)—menjangkakan kedatangan Mesias Israel. Dalam Matius 21:9, semasa Yesus masuk ke Yerusalem dengan penuh kemuliaan, orang ramai mengesahkan Mazmur 118:25-26 yang mengatakan, “Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN! Ya TUHAN, berilah kami kejayaan! Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN!”. Perkataan Ibrani hosanna, bermakna “Tuhan, selamatkan kami,” mengulangkan lagu ini daripada bibir orang ramai itu. Dan apabila berdepan dengan pemimpin beragama dalam Matius 21:42, Yesus menuntut Mazmur 118:22-23 sebagai penjelasan tentang Diri-Nya dengan mengesahkan, “Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama. Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita!” Walaupun ini digunakan dalam upacara-upacara penyembahan Israel, Mazmur 118 sendiri menjangkakan kedatangan Dia yang akan memenuhi makna terpenting kepada mereka yang berkenduri.
Bill Crowder