Walaupun Lenore Dunlop sudah berusia 94 tahun, namun fikirannya masih tajam, senyumannya cerah dan kasihnya terhadap Yesus masih dirasakan oleh ramai orang. Biasanya dia bergaul dengan pemuda-pemudi di gereja kami; hadirat dan penyertaannya merupakan sumber kegembiraan dan galakan. Kehidupan Lenore adalah sangat bersemangat sehingga kematiannya mengejutkan kami. Seperti pelari yang kuat, dia berlari melepasi garisan penamat kehidupan. Dia sentiasa bersemangat dan bertenaga. Biarpun beberapa hari sebelum kematiannya, dia tetap menyelesaikan kursus selama 16 minggu yang berfokus untuk membawa mesej Yesus kepada orang di dunia.
Kehidupan Lenore yang berbuah dan meninggikan nama Tuhan dapat diperlihatkan dalam Mazmur 92:12–15. Mazmur ini menggambarkan kehidupan yang bermula daripada tunas, menjadi mekar, dan berbuah bagi mereka yang berakar dalam hubungan yang baik dengan Tuhan (ayat 12–13). Kedua-dua pokok yang digambarkan ini dinilai kerana buah dan kayu masing-masing. Dengan ini, pemazmur menghayati semangat, kemakmuran dan kegunaannya. Kita harus bersukacita apabila kita mengasihi orang lain, berkongsi, membantu dan memimpin orang lain kepada Kristus.
Malah bagi mereka yang mungkin diberi nama “senior” atau “berpengalaman,” tidak pernah terlambat untuk berakar dan berbuah. Kehidupan Lenore sangat berakar dalam Tuhan melalui Yesus, dan dia memberi kesaksian tentang kebaikan Tuhan (ayat 15). Kita juga boleh melakukannya.