Anugerah Terbesar
Tahukah anda bahawa kita memiliki satu hadiah yang sangat berharga dalam kehidupan kita? Hadiah yang sangat berharga ini adalah anugerah terbesar yang kita perolehi daripada Tuhan. Tuhan memberikan anak-Nya yang tunggal agar setiap orang yang percaya kepada-Nya mendapat keselamatan dan hidup yang kekal. Melalui kelahiran Yesus dan pengorbanan-Nya pada kayu salib, kita umat manusia menerima anugerah terbesar iaitu pengampunan dosa…
Kesyukuran yang Ikhlas
Untuk persediaan bagi temu duga pekerjaan pertama anak kami, Xavier, suami saya Alan, menyerahkan satu pek kad ucapan terima kasih kepada dia untuk diberikan kepada bakal majikan selepas temu duga. Alan kemudian berpura-pura memainkan peranan sebagai penemu duga pengambilan pekerja dengan menggunakan pengalamannya sebagai pengurus selama beberapa dekad untuk bertanya soalan kepada Xavier. Selepas itu, anak kami memasukkan beberapa salinan resumenya ke dalam fail. Dia tersenyum apabila Alan mengingatkannya tentang kad tersebut. “Saya tahu,” katanya. “Nota terima kasih yang ikhlas akan membezakan saya daripada semua pemohon lain.”
Menggenggam dengan Tamak
Dalam cerita dongeng kuno The Boy and Filberts (kacang hazel), seorang budak lelaki memasukkan tangannya ke dalam balang kacang dan mengambil segenggam penuh kacang. Tangannya begitu penuh dengan kacang sehingga tidak dapat dikeluarkan daripada balang. Oleh sebab dia tidak sanggup melepaskan sedikit pun daripada apa yang diperolehnya, budak itu mula menangis. Akhirnya, dia dinasihatkan supaya melepaskan beberapa biji kacang daripada genggamannya supaya dia dapat mengeluarkan tangannya daripada balang itu. Ketamakan boleh mendatangkan akibat yang dahsyat.
Boleh Melakukannya
Pastor Watson Jones mengimbas kembali masa dia belajar menunggang basikal. Bapanya berjalan di sisinya tetapi ketika Watson yang masih kecil melihat beberapa orang gadis duduk di anjung, dia pun berkata,”Ayah, saya sudah pandai menunggang basikal!” Akibatnya, dia terjatuh kerana dia belum belajar untuk mengimbangi dirinya tanpa bantuan ayahnya. Dia masih belum menjadi dewasa sebagaimana yang difikirkannya.
Harta Istimewa Tuhan
Bayangkan bilik takhta yang besar. Di atas takhta itu duduknya seorang raja yang agung. Dia dikelilingi oleh semua hamba, masing-masing dengan perilaku yang terbaik. Sekarang bayangkan sebuah kotak yang terletak di kaki raja. Dari semasa ke semasa, raja memasukkan tangannya ke dalam kotak dan membalik-balik kandungannya. Apakah yang ada di dalam kotak? Barang kemas, emas, dan batu permata kegemaran raja. Kotak ini mengandungi harta raja, koleksi yang memberikan kegembiraan besar kepadanya. Bolehkah anda membayangkan itu?