Caitlin, seorang penulis yang ulung menggambarkan pergelutannya dalam kemurungan selepas melawan serangan. Keganasan emosi itu meninggalkan kesan luka yang lebih dalam ke atas dirinya berbanding pergelutan yang dialaminya secara fizikal. Dia meluahkan isi hatinya, “betapa saya tidak diperlukan. Saya bukanlah jenis perempuan yang engkau ingin kenali.” Dia berasa dirinya tidak layak untuk dicintai, yang hanya dipergunakan dan kemudiannya disingkirkan.

Tuhan mengerti. Dia menggembala Israel dengan penuh kasih. Akan tetapi apabila Dia bertanya tentang nilai-Nya kepada mereka, “mereka membayar upahku sebanyak tiga puluh keping wang perak” (Zakharia 11:12). Ini merupakan harga seorang abdi; apa yang dikembalikan kepada majikan sekiranya abdi mereka terbunuh (Keluaran 21:32). Bagi Tuhan, ia merupakan penghinaan kerana diberikan persembahan dengan nilai yang paling rendah—“Hanya sekian penghargaan mereka kepadaku.” (Zakharia 11:13). Lalu Dia menyuruh Zakharia mencampakkannya kepada tukang logam di Rumah TUHAN.

Yesus mengerti. Dia bukan hanya dikhianati oleh sahabat-Nya; Dia dikhianati dengan penghinaan. Para pemimpin Yahudi menolak Kristus, malah memberikan tiga puluh keping perak kepada Yudas—harga paling rendah yang boleh diletakkan ke atas seseorang—dan dia mengambilnya (Matius 26:14-15; 27:9). Yudas menghina Yesus kerana dia mengkhianati-Nya dengan harga yang paling rendah.

Jika orang memandang rendah akan nilai Yesus, jangan terkejut apabila mereka memandang rendah akan nilai diri anda. Nilai anda bukanlah seperti yang difikirkan oleh orang lain, malah sekali-kali tidak seperti apa yang anda katakan. Nilai anda sepenuhnya adalah bergantung kepada apa yang dikatakan Tuhan. Pada pandangan Tuhan, anda sangat bernilai sehingga Dia rela mati bagi anda.