Kadangkala saya mengesyaki kucing saya yang bernama Mimi menghidapi sindrom “takut diabaikan” yang teruk. Apabila saya pulang dengan membawa barang-barang, Mimi bergegas datang untuk memeriksa isinya. Apabila saya memotong sayur, si kucing akan berdiri dan melihat serta minta saya memberikan kepadanya. Tetapi apabila saya benar-benar memberi Mimi apa sahaja yang menarik minatnya, kucing ini dengan cepat kehilangan minat, dan pergi dengan rasa bosan.
Saya akan menjadi seorang yang hipokrit kalau saya bersikap keras ke atas Mimi. Ini kerana kucing ini mencerminkan sedikit perangai saya yang tidak pernah berasa puas hati, memandangkan anggapan saya bahawa “apa yang dimiliki sekarang’ tidak pernah cukup.
Menurut Paulus, kepuasan bukan sesuatu yang semula jadi, tetapi kita harus mempelajarinya (Filipi 4:11). Kita sendiri cenderung berusaha sekeras-kerasnya untuk mengejar apa sahaja yang kita fikir akan memuaskan hati kita. Namun, kita akan mula mengejar benda lain apabila apa yang telah dikejar itu tidak lagi memuaskan kita. Pada masa yang lain, ketidakpuasan menyebabkan kita berasa cemas terhadap apa-apa sahaja.
Yang ironisnya, kadangkala kita perlu mengalami apa yang paling kita takut untuk memperoleh sukacita sejati. Setelah Paulus mengalami banyak kali masa kesukaran dalam kehidupan, dia dapat memberikan kesaksian secara langsung tentang “rahsia” kepuasan sejati (ayat 11–12)—realiti yang penuh misteri apabila kita membawa keinginan kita kepada Tuhan dalam doa, kita mengalami kesejahteraan yang tidak mungkin difahami oleh manusia (ayat 6-7), kuasa, keindahan, dan rahmat Kristus yang terdalam.