Anda mungkin dapat memahami keadaannya. Selepas menerima rawatan perubatan, bil-bil bayaran datang tanpa henti. Misalnya bil daripada pakar anesthesia, pakar bedah, ujian makmal dan perkhidmatan lain. Jason mengalami perkara ini selepas menjalani pembedahan kecemasan. Dia mengeluh, “Kami masih berhutang beribu-ribu dolar selepas insurans dituntut. Kalaulah sahaja semua bil ini dapat dibayar, maka hidup kami akan menjadi baik dan saya pun berasa puas! Saya seolah-olah sedang bermain permainan arked “Whack-a-Mole” (Pukul Tikus Tanah), yakni patung plastik akan muncul daripada lubang-lubang dan pemain harus memukulnya tanpa henti dengan sebatang palu plastik.
Kadangkala perkara seperti itu berlaku dalam kehidupan kita. Rasul Paulus tentu sekali dapat memahami. Dia berkata, “Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan,” namun dia “mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan” (Filipi 4:12). Rahsianya? “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (ayat 13). Apabila saya melalui masa tertentu yang tidak memuaskan hati, saya membaca ayat ini pada sekeping kad salam: “Kalau bukan sekarang, bilakah lagi?” Ini adalah satu peringatan yang berkuasa bahawa jika saya tidak berpuas hati sekarang, apakah situasi lain yang akan membuatkan saya berpuas hati?
Bagaimanakah kita belajar untuk bertenang dalam Yesus? Mungkin kita perlu belajar beberapa perkara ini: berfokus, menikmati dan bersyukur untuk perkara-perkara baik, lebih mengenal Bapa yang setia, bertumbuh dalam kepercayaan dan kesabaran, menyedari bahawa hidup adalah mengenai Tuhan, bukan saya, serta memohon kepada-Nya untuk mengajar saya berpuas hati dalam Dia.